Semenyih, 24 September: AJK Pusat Parti Sosialis Malaysia, Arutchelvan atau lebih dikenali sebagai Arul dukacita kerana dipanggil oleh IPD Putrajaya untuk diambil kenyataan 112 untuk siasatan dibawah Akta Perhimpunan Aman hanya kerana menyerahkan memorandum kepada Pejabat YAB Perdana Menteri pada 5 september lepas.
“Kami (hanya hadir untuk) serah memorandum kepada Pejabat YAB Perdana Menteri pada 5hb. Sept 2018 untuk isu Kampung Bukit Kuda. Perkara sama berlaku semasa kami menyerahkan memorandum isu Pemecatan Kohila oleh Bank Negara Malaysia.” – Arul
Tambah Arul lagi, perkara ini seolah-olah memberi gambaran bahawa kerajaan baru Pakatan Harapan menyekat hak orang untuk berhimpun bagi menyerahkan memorandum.
“Polis sepatutnya tidak dibebankan dengan kerja sebegini. Ini juga seolah-olah memberi gambaran bahwa kerajaan baru Pakatan Harapan menyekat hak orang untuk berhimpun untuk serah memorandum atau terus mahu memakai Akta Perhimpunan Aman untuk sekat mereka yang datang buat aduan. Harap kepimpinan PH ambil maklum perkara ini dan menasihatkan pihak yang berkenaan” – Arul
Untuk rekod, Pakatan Harapan dalam buku manifesto PRU 14 berjanji akan memansuhkan beberapa akta termasuk akta perhimpunan aman. -TTKM-