“Saya ke PD untuk mandi laut, main pasir dan lihat matahari terbenam” – Ahmad Maslan.

MP UMNO Pontian, Ahmad Maslan berkicau di akaun twitternya  mengucapkan selamat bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson.

Kicauan tersebut dilihat seolah-olah menyindir pihak yang berminat untuk bertanding pada PRK tersebut termasuk Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

UMNO-BN petang tadi memutuskan untuk memboikot PRK tersebut.

Tambah Ahmad, jika beliau ke Port Dickson, hanyalah untuk rekreasi seperti mandi laut, main pasir dan lihat matahari terbenam. Beliau kemudian menaikkan beberapa keping gambar di tepi pantai Port Dickson sebagai bukti.

Jika saya ke Port Dickson, hanya untuk mandi laut, main pasir dengan 2 orang cucu serta lihat matahari terbenam di tepi pantai. Contohnya 4 gambar yang 3 daripadanya saya ambil sendiri di Port Dickson baru-baru ini. – Ahmad Maslan.

laut maslan.jpg
Foto dari Twitter Ahmad Maslan
mas1.JPG
Foto oleh : Ahmad Maslan
mas3
Foto oleh : Ahmad Maslan
mas2
Foto oleh : Ahmad Maslan

Kerusi parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk membolehkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat seterusnya memenuhi cita-cita beliau yang terbantut sekian lama untuk menjadi perdana menteri.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Port Dickson pada 13 Oktober depan dan hari penamaan calon pada 29 September.

PRK Port Dickson merupakan pilihanraya kecil ketiga yang dilakukan bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding.

Pada 2008, Wan Azizah meletak jawatan sebagai ahli parlimen Permatang Pauh untuk Anwar kembali bertanding.

Pada 2014, Adun PKR,  Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai adun Kajang untuk memberi laluan kepada Anwar  dalam satu operasi yang dinamakan sebagai Kajang Move untuk menobatkan Anwar sebagai menteri besar Selangor. Tetapi, langkah Kajang tersebut menjadi langkah kejung apabila Anwar didapati bersalah dalam kes Liwat 2.

Sebelum  PRU14, Wan Azizah mengakui bahawa sebahagian dari rancangan beliau adalah supaya beliau menjadi pemanas kerusi untuk suaminya. Beliau berkata demikan  dalam satu bual bicara program Al Jazeera.

Walau bagaimanapun, setelah PH menang PRU 14 dan Wan Azizah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau melakukan pusingan U dan tidak mengosongkan kerusi parlimen Pandan tersebut sebaliknya kerusi Port Dickson pula menjadi mangsa.

Jika Anwar menang pada pilihanraya kecil kelak, Malaysia akan mencatat satu lagi sejarah apabila satu keluarga: suami, isteri dan anak (Anwar, Azizah, Nurul Izzah) menjadi ahli parlimen pada waktu yang sama -TTKM-

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.