Syed Ali Ahhabshee letak jawatan sebagai ahli UMNO.

CHERAS, 24 Sept- Ketua Umno Bahagian Cheras,  Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee mengumumkan keluar daripada Umno sebentar tadi, lapor The Malaysian Insight. 

Bekas Setiausaha Umno Wilayah Persekutuan itu berkata, keputusan itu dibuat atas sebab tertentu iaitu demi menjaga survival orang Melayu di Wilayah Persekutuan.

“Secara rasminya saya nak beritahu bahawasanya saya ambil keputusan yang berat untuk saya umumkan di sini saya keluar daripada Umno,” 

“Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan mendoakan supaya niat saya (keluar Umno) untuk kepentingan orang Melayu akan dapat saya teruskan dan perjuangkan.

“Ini satu risiko, bukan senang, saya nak umumkan pun berat tapi insya-Allah, Allah permudahkan perjuangan saya dan niat saya” – Syed Ali Al-Habshee

Minggu lalu, Ahli Parlimen Jeli Mustapa Mohamed keluar Umno dengan mendakwa hala tuju parti terbesar orang Melayu itu sudah tidak lagi selari dengan prinsip beliau.



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version