AZEEZ RAHIM DAN ABANG DICEKUP SPRM!

Putrajaya, 25 SEPT: AHLI Parlimen UMNO Baling yang juga bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Ibu Pejabat SPRM hari ini, menurut laporan Harian Metro. 

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO ditahan kira-kira jam 11 pagi mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 bagi membantu siasatan kes menerima rasuah.

Sumber SPRM berkata, turut ditahan, abang beliau,  Abdul Latif di Sungai Buloh ,jam 11.30 pagi tadi.

Penahanan Abdul Latif yang juga Pengurus Besar sebuah syarikat pengurusan hartanah turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta SPRM 2009.

Azeez menjadi perhatian ramai selepas serbuan SPRM di hartanah yang dikaitkan dengan Azeez di Subang Jaya, Selangor dan Kedah.

SPRM merampas RM500,000 wang tunai dan jam tangan mewah.

Azeez menjelaskan wang tunai yang dirampas adalah milik Umno bahagian.

Beliau juga berkata sebahagian daripada jam tangan mewah bukan barangan tulen           -TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.