‘Hutang perlu segera dibayar atau Malaysia diisytihar bankrap!” – PM

LONDON: Hutang negara perlu dilangsaikan atau Malaysia bakal berhadapan status muflis.

Kata  Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, hutang negara yang hampir mencecah RM1 trilion ringgit itu perlu segera dilangsaikan atau rakyat akan berdepan kesukaran, menurut laporan Awani. 

“Kalau kita tidak bayar hutang, tidak servis hutang kita.. negara kita akan menjadi bankrap dan ni akan menimbulkan banyak masalah” – Tun Dr Mahathir

Dr. Mahathir sebelum itu menyentuh berkenaan kedudukan kewangan negara, secara khususnya berkaitan hutang negara, dimana beliau menekankan bahawa walaupun wang yang dihutang itu terah dianggap “hilang”, ia masih harus dibayar.

Sekiranya ia gagal dilunaskan, negara berkemungkinan diisytihar muflis, tambahnya.

Tambah beliau lagi, pembayaran balik hutang adalah penting, malah ada kemungkinan besar kerajaan terpaksa menjual aset negara untuk menampung pembayaran hutang serta mengurus tadbir negara.

Propaganda hutang RM1 trillion
Semenjak menang pru 14 lepas, kerajaan pakatan harapan berdepan kesukaran untuk menunaikan janji manifesto yang memerlukan jumlah wang yang banyak, di antaranya adalah penghapusan tol, subsidi minyak bersasar dan penangguhan pembayaran pinjaman PTPTN.
Oleh itu, propaganda hutang negara sejumlah RM 1 trillion digunakan sebagai alasan tidak menunaikan janji tersebut dengan mendakwa kedudukan kewangan negara  yang tenat.
Berapakah sebenarnya hutang kerajaan?
Menurut menteri kewangan, Lim Guan Eng, hutang kerajaan sebenarnya adalah RM686.8 bilion  setakat 31 Disember 2017.
 “Pertamanya, hutang kerajaan persekutuan adalah RM686.8 bilion iaitu 50.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).” – Lim Guan Eng.
Untuk mendapatkan figure RM1 trillion, Lim Guan Eng  kemudian menambahkan hutang kerajaan dengan hutang-hutang lain seperti jaminan hutang dan pajakan. Tiada negara lain di dunia yang menggunakan kaedah sedemikian kecuali Malaysia di bawah kerajaan baru.
hutang mkini.png
Grafik Malaysiakini.
Menurut data terkini dari nationaldebtclocks.org, hutang negara kini adalah RM712 juta dan mereka juga tidak menambah nilai jaminan hutang kerajaan dan pajakan seperti yang dilakukan oleh Lim Guan Eng.
hutang.JPG
Tangkap layar laman nationaldebtclocks.org
Untuk rekod, hutang negara paling tinggi berbanding KDNK adalah pada tahun 1986 iaitu mencecah 103.4% dibawah pimpinan perdana menteri ke 4, Tun Dr Mahathir. Negara juga  tidak berdepan dengan risiko bankrap pada ketika itu. Malah, hutang pada zaman tersebut masih dibayar sehingga kini oleh kerajaan. -TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.