Azeez Rahim tiba di mahkamah untuk perintah reman

AHLI Parlimen Baling Azeez Abdul Rahim, seorang abangnya dan seorang sepupu mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini untuk permohonan reman berhubung siasatan kes rasuah, lapor The Malaysian Insight.

Azeez, abangnya Latiff dan sepupu mereka itu yang memakai pakaian lokap SPRM berwarna oren dibawa ke mahkamah pada kira-kira jam 10.35 pagi.

Individu berkenaan dibawa oleh beberapa orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketiga-tiganya ditahan oleh pasukan tersebut semalam dan disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM kerana didakwa menerima rasuah.

Kontrak tersebut didakwa diberikan kepada sebuah syarikat yang beliau ada kepentingan.

Media juga melaporkan mereka disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

Sekumpulan penyokong Umno diketuai anggota Majlis Tertinggi (MT) Datuk Lokman Noor Adam sedia menunggu di perkarangan mahkamah, dan menyambut ketibaan Azeez dengan laungan “hidup Azeez” dan takbir, menurut laporan Malaysiakini.

Ketika itu SPRM merampas wang tunai berjumlah RM500,000 dan jam tangan mewah.

Azeez ketika itu mendakwa wang tunai tersebut adalah milik Umno dan sebahagian daripada jam tangan itu adalah palsu. -TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.