Sultan Johor murka. DAP kata itu cuma surat lampiran, ada yang tak faham BM.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, murka dengan tindakan seorang Ahli Majlis Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam urusan surat rasmi MBIP.

Dalam satu kenyataan dimuat naik dalam Facebook (FB) rasminya, baginda bertitah, apa saja surat rasmi sama ada membabitkan kerajaan negeri mahu pun pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini harus ditulis dalam bahasa Melayu.

“Apa sahaja urusan surat menyurat membabitkan kerajaan negeri atau Ahli Majlis PBT semuanya mesti dalam bahasa Melayu kerana ia menggunakan kepala surat rasmi kerajaan negeri walaupun ia berkaitan pemakluman mesyuarat.

“Bila masa dalam negeri Johor surat rasmi ditulis dalam dua bahasa,” – Sultan Ibrahim Iskandar

Baginda mengulas tindakan Ahli Majlis itu yang menggunakan Bahasa Cina dalam surat rasmi urusan PBT berkenaan.

42484866_1067987490034610_1656387161705938944_n

Surat yang menggunakan kepala surat Ahli Majlis MBIP itu adalah bagi memaklumkan mengenai sebuah majlis dialog dengan menggunakan bahasa Cina dan bahasa Inggeris.

Ia tular dalam laman media sosial dan turut dimuat naik oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dalam laman sosial Instagram miliknya.

Sultan Ibrahim bertitah, semua pihak harus menghormati penggunaan bahasa Melayu dalam sebarang urusan surat rasmi berkaitan kerajaan negeri dan PBT yang sudah diguna pakai sejak dulu di Johor.

“Saya sarankan kepada Ahli Majlis, jika tidak tahu buat kerja, baik letak jawatan sahaja. Ini amaran saya, jangan pisang berbuah dua kali,” – Sultan Ibrahim Iskandar

Baginda turut melampirkan perlembagaan negara mengenai penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi.

42524103_1067987550034604_1013915712705527808_n.jpg

Sementara itu,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling, Cheo Yee How dalam satu kenyataan media yang menyatakan surat tersebut cuma lampiran dan halaman hadapan surat berkenaan yang menggunakan kepala surat Ahli Majlis MBIP adalah dalam bahasa Malaysia, menurut laporan Berita Harian. 

Cheo-Yee-How-2-450x320.jpg
Cheo Yee How, ADUN DAP Perling

Beliau menganggap tindakan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang memuat naik surat berkenaan di akaun instagramnya sebagai provokatif.

“Berkenaan dengan surat jemputan perbincangan dari Ahli Majlis MBIP yang dituduh oleh Mohamed Khaled di laman Instagramnya dan PAS Iskandar Puteri dalam laman Facebooknya dianggap sebagai tindakan provokatif.

“Halaman surat yang disebarkan hanya halaman lampiran yang ditulis dalam bahasa Mandarin serta Inggeris.

“Pejabat ADUN Perling kesal dengan tindakan Mohamed Khaled dan PAS yang sememangnya sengaja menimbulkan keraguan di hati masyarakat berbilang kaum di dalam negara ini serta tindakan mereka itu tidak patut dicontohi oleh masyarakat majmuk di Malaysia,”  –  Cheo Yee How

Beliau bagaimanapun, memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan perkara berkenaan dan bertanggungjawab menjawab segala tohmahan yang dilemparkan.

“Surat jemputan perbincangan itu sebenarnya ditulis dalam bahasa Malaysia dan halaman bertulis dalam tulisan Mandarin serta Inggeris itu hanyalah sekadar lampiran daripada kepala surat yang asal iaitu surat jemputan berbahasa Malaysia.

“Perkara ini tidak menjadi masalah sekiranya kepala surat itu turut dipamerkan dan halaman lampiran itu hanya disertakan kerana kami juga mahu memanjangkan jemputan itu kepada orang awam yang bukan berbangsa Melayu di kawasan Jalan Jaya Mas dan Jalan Silat Cekak,” – Cheo Yee How

Tegasnya, dalam surat yang tular, jika diteliti tidak mengandungi nombor rujukan dan tarikh berbanding surat halaman hadapan yang rasmi.

“Ini bermakna surat berkenaan hanyalah sekadar lampiran berbanding yang ditulis dalam bahasa Malaysia dan mempunyai nombor rujukan serta tarikh,”  – Cheo Yee How 

Ada di kalangan penduduk yang tidak fasih Bahasa Melayu 

Pada perkembangan berkaitan, Exco Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi Negeri Johor, Tan Hong Pin mempertahankan Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) berkata Chan Wei Khjan tidak berniat untuk mencabar  bahasa Melayu, menurut laporan Malaysiakini.

7f879ae91d5905e78db508cc60c65956.jpeg
Tan Hong Pin, , Exco Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi Negeri Johor

“Ahli Majlis yang mengeluarkan surat rasmi yang mengandungi tiga bahasa hanya berdasarkan semangat muhibah.

“Harapkan isu ini tidak dibesar-besarkan untuk menimbulkan perasaan tidak senang hati antara kaum” – Tan Hong Pin

Tambah beliau lagi, ia bertujuan untuk memaklumkan penduduk yang mungkin tidak fasih Bahasa Melayu.

“Tujuan perbuatan tersebut adalah untuk memaklumkan mungkin di kalangan penduduk yang tidak fasih Bahasa Melayu untuk menyertai Perbincangan Pehadang Jalan di antara Jalan Jaya Mas 1/2 dan Jalan Silat Cetak 2.

“Penterjemahan dalam pelbagai bahasa dapat membantu komunikasi supaya komuniti setiap kaum lebih memahami dasar kerajaan dengan mendalam,”  – Tan Hong Pin 

Bukan pertama kali.

Ini bukan kali pertama pemimpin DAP menggunakan Bahasa Cina dalam surat rasmi. Sebelum ini, menteri kewangan, Lim Guan Eng dikritik kerana mengeluarkan kenyataan dalam Bahasa Cina menggunakan kepala surat rasmi kementerian kewangan. – TTKM-

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.