PRK PD: PAS letak LT Kol (B) TUDM, Nazari lawan Anwar

PORT DICKSON : PAS mengumumkan bekas anggota tentera udara Malaysia, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar calon bagi PRK Port Dickson (PD) bagi menentang Dato Seri Anwar Ibrahim, menurut laman rasmi parti tersebut.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man di Markas Induk PAS PRK Port Dickson di sini sebentar tadi.

Sementara itu, bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Samad mengesahkan mahu bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson 13 Okt ini.

Beliau dilaporkan oleh Berita Harian sebagai berkata, tindakan itu diambil selepas Umno dan BN memboikot PRK tersebut.

“Saya akan buat sidang media dalam masa terdekat mungkin esok berhubung keputusan bertanding sebagai calon bebas.

“Maaf, itu saja kenyataan buat masa sekarang. Esok saya akan umumkan secara rasmi,”  – Isa Samad

Parti Rakyat Malaysia (PRM) turut mengumumkan  Ahmad Kamarudin sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson menentang bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Ketua Ankatan Muda KeAdilan Cabang Kapar Ahmad Kamarudin (kiri) diumumkan sebagai calon PRM . – Foto Mohd Yusni Ariffin, Berita Harian.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PRM, Koh Swe Yong, di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, di sini.

Ahmad yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kapar mendakwa alasan mengosongkan kerusi Port Dickson untuk menjayakan cita-cita Anwar, untuk kembali ke Parlimen sebagai tidak wajar.

Kerusi parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk membolehkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat seterusnya memenuhi cita-cita beliau yang terbantut sekian lama untuk menjadi perdana menteri.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Port Dickson pada 13 Oktober depan dan hari penamaan calon pada 29 September.

PRK Port Dickson merupakan pilihanraya kecil ketiga yang dilakukan bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding.

Pada 2008, Wan Azizah meletak jawatan sebagai ahli parlimen Permatang Pauh untuk Anwar kembali bertanding.

Pada 2014, Adun PKR,  Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai adun Kajang untuk memberi laluan kepada Anwar  dalam satu operasi yang dinamakan sebagai Kajang Move untuk menobatkan Anwar sebagai menteri besar Selangor. Tetapi, langkah Kajang tersebut menjadi langkah kejung apabila Anwar didapati bersalah dalam kes Liwat 2.

Sebelum  PRU14, Wan Azizah mengakui bahawa sebahagian dari rancangan beliau adalah supaya beliau menjadi pemanas kerusi untuk suaminya. Beliau berkata demikan  dalam satu bual bicara program Al Jazeera.

Walau bagaimanapun, setelah PH memenangi PRU 14 dan Wan Azizah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau melakukan pusingan-U dan tidak mengosongkan kerusi parlimen Pandan tersebut, sebaliknya kerusi Port Dickson pula menjadi mangsa.

Jika Anwar menang pada pilihanraya kecil kelak, Malaysia akan mencatat satu lagi sejarah apabila satu keluarga: suami, isteri dan anak (Anwar, Azizah, Nurul Izzah) menjadi ahli parlimen pada waktu yang sama -TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.