Benarkah Mahathir tak suka Israel?

Oleh : Abdullah Aziri Pauzi

Semalam kecoh di media sosial apabila Tun Dr.Mahathir Mohammad menyatakan pendirian Malaysia dan mengkritik Israel dan kuasa veto dunia lain kerana masih gagal menyelesaikan krisis berdarah Israel Palestine di kemuncak UN, New York.

Bagi rakyat Malaysia, ia adalah satu langkah yang cukup berani kerana hadirnya Tun bersama ‘Malaysia Baru’ ke persidangan antarabangsa itu adalah untuk menempelak Israel secara terang-terangan, suatu perkara yang negara Islam lain takut untuk lakukan.

Pengumuman yang dibuat oleh Tun M semalam itu seolah-olah mencerminkan ‘personal battle’ yang pernah hangat satu ketika dahulu ketika Tun menjadi PM Malaysia yang ke-4 antara Malaysia dan Israel kini bersambung semula.

Selain membawa isu Israel, Tun turut mengkritik negara Barat yang seolah-olah membutakan mata mereka mengenai isu Rohingya serta menyindir mereka kerana sengaja memboikot penjualan minyak sawit di Eropah dengan fakta-fakta yang kurang tepat.

Sekali imbas, Tun M bukan sahaja berjaya membuatkan perwakilan negara-negara Barat merasa ‘panas bontot’–malah tindakan tersebut turut memberikan tamparan hebat kepada pemimpin-pemimpin negara Islam yang selama ini tidur sewaktu umat Islam di Tebing Gaza dan Myanmar menderita.

Same old-same old Tun M 

Namun, bak kata orang putih, “Talk Is Cheap”. Kalau bersembang- babi pun boleh terbang kata orang kita- dan orang politik ini kalua bersembang, memang tak sah kalau tidak bergegar-gegar.

Tun M menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 untuk tempoh yang sangat lama, mulai tahun 1981 sehingga tahun 2003.

Aku masih ingat yang dalam tempoh itu, Malaysia memang sangat berani berdepan dengan Israel. Malah Tun sendiri pernah menghantar surat kepada 3 Perdana Menteri Israel yang berbeza pada tahun 1993 (Yitzhak Rabin), 1997 (Benjamin Netenyahu) dan 1999 (Ehud Barak).

Ketiga-tiga surat ini mempunyai kandungan yang hampir sama iaitu menegaskan pendirian Malaysia yang menentang tindakan haram Israel keatas warga Palestine dan pencabulan perjanjian keamanan Israel-Palestine oleh Israel.

Ia berani, sangat berani namun apa yang wujud di belakang tabir antara Malaysia Palestine adalah perkara yang berbeza- Malaysia masih mengekalkan perhubungan perdangangan dengan Israel – malah pada zaman Tun M sendiri.

Malaysia Tak Pernah Putus Perdangangan Dengan Israel 

Untuk rekod, Malaysia mengimport produk dari Israel bermula sejak tahun 1971 lagi (era before Tun M menjadi PM), dengan nilai 11 juta ringgit.

Malaysia juga turut mengeksport barangan ke Israel dengan nilai 2 juta ringgit pada tahun yang sama.

Walau bagaimanapun, perdangangan ini dilakukan melalui orang tengah (negara lain) seperti Singapura dan Thailand, dan bukan secara terus dengan Israel.

Ketika Tun M berada di puncak kariernya sebagai Perdana Menteri sekitar awal 2000-an, Malaysia masih mengekalkan perhubungan perdagangan dengan memberi chip computer Intel dari Israel yang bernilai sekitar 600-700 juta USD.

Malah, pada tahun 2002, terdapat laporan yang menyatakan Kememterian Industri, Perdagangan Dan Tenaga Buruh, yang dipegang oleh Rafidah Aziz, sekutu kuat Tun M dan Queen of APs, menasihatkan semua syarikat Israel yang berdangang dengan Malaysia dengan berkata “tidak ada halangan untuk berdagang dan mempunyai hubungan komersial (di Malaysia), asalkan ia dibuat secara senyap (low profile).

Laporan yang sama turut menyebut yang kilang Intel merupakan pemain utama nilai perdagangan tersebut sehingga 98% pada tahun 1999 hingga tahun 2002.

  • Pada tahun 1999, nilai eksport Israel ke Malaysia adalah sebanyak 107 juta USD dan nilai eksport Malaysia ke Israel pula sekitar 24 juta USD.
  • Pada tahun 2000, nilai eksport Israel ke Malaysia adalah sebanyak 732 juta USD dan nilai eksport Malaysia ke Israel pula sekitar 26 juta USD.
  • Pada tahun 2001, nilai eksport Israel ke Malaysia adalah sebanyak 615.5 juta USD dan nilai eksport Malaysia ke Israel pula sekitar 26.3 juta USD.

Adakah Salah Berdagang Dengan Israel? 

Tidak salah. Langsung tak salah. Malah,  baginda Rasulullah SAW pun pernah menggadaikan baju perisai baginda kepada seorang Yahudi.

Yang menjadi persoalan sekarang adalah hipokrasi.

Cakap bergegar-gegar marah pada Israel; baik dari zaman Tun M menjadi pemimpin ke-4, sampailah sekarang, kita masih lagi belum menggunakan kuasa ekonomi kita untuk mendesak Israel.

Kalau rakyat Malaysia pun boleh dia kencing dengan manifesto sebelum pilihanraya, ucapan mengkritik Israel semalam pula adalah level Tun M nak kencing satu dunia pula pada sidang kemuncak UN- dengan hipokrasi beliau tersendiri.

My say, Tun M is cunning. He is the ‘King of Perception’ and good at playing his sentiment card. Above all, he is a politician. He will do whatever necessary to retain his power- I mean EVERYTHING.

NOTA KAKI:

Bawah ni adalah gambar ikonik pejuang Palestine, Arwah Yasser Arafat yang dating melawat Tun M di Kuala Lumpur pada tahun 2001.

Pada tahun yang sama, Malaysia menyatakan sokongan kepada perjuangan Palestine- tapi pada yang sama mempunyai perhubungan dagangan yang bernilai hampir 650 juta USD dengan Israel.

Renung-renungkanlah.

42699628_10214922138019327_4842054174260592640_n.jpg

Rujukan:

1. https://en.wikipedia.org/…/Israel%E2%80%93Malaysia_relations

2. https://en.wikipedia.org/wiki/Mahathir_Mohamad

3. https://www.gettyimages.com/…/malaysian-prime-minis…/1610584

4. https://ipfs.io/…/wi…/Israel%E2%80%93Malaysia_relations.html

5. https://www.freemalaysiatoday.com/…/its-vintage-mahathir-a…/

6. https://www.thestar.com.my/…/govt-releases-dr-ms-letters-t…/


(Artikel ini pertama kali disiarkan di FB penulis di sini  Ia merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM- Editor)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.