PRK Port Dickson: 7 penjuru. Anwar dan Saiful bersalaman.

PORT DICKSON, 29 Sept: Pilihanraya kecil Port Dickson pada 13 Oktober ini menyaksikan 7 calon berentap apabila seorang lagi calon ditolak borang penamaannya di Dewan Perbandaran Port Dickson sebentar tadi.

Calon-calon yang diterima adalah:

  1. Datuk Seri Anwar Ibrahim (Pakatan Harapan)
  2. Lt. Kol. (B) Mohd Nazari Mokhtar (PAS)
  3. Saiful Bukhari, bekas pembantu Anwar (Bebas)
  4. Tan Sri Isa Samad, bekas menteri besar Negeri Sembilan (Bebas)
  5. Stevie Chan Keng Leong (Bebas)
  6. Lau Seck Yan
  7. Kan Chee Yuen

Calon kelapan, A. Rajendra ditolak kerana pencadang beliau bukan merupakan pengundi di Port Dickson.

Bukan kerana dendam peribadi – Saiful Bukhari

Menurut laporan Malaysiakini, Saiful Bukhari berkata beliau bertanding untuk pilihanraya kecil ini bukan kerana dendam peribadi terhadap Anwar, sebaliknya kerana mahu menjadi ahli parlimen.

Untuk rekod, Anwar sebelum ini didapati bersalah meliwat Saiful. Anwar menafikan perkara tersebut dan berkata ia merupakan konpirasi politik oleh penentang beliau.

Selepas Pakatan Harapan memenangi PRU 14, Anwar mendapat pengampunan di-raja dan berusaha untuk kembali aktif dalam arena politik negara dengan bertanding di PRK Port Dickson ini, seterusnya menjadi perdana menteri ke 8.

PRK ketiga dilakukan untuk Anwar.

PRK Port Dickson merupakan pilihanraya kecil ketiga yang dilakukan oleh PKR bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding.

Pada 2008, Wan Azizah meletak jawatan sebagai ahli parlimen Permatang Pauh untuk Anwar kembali bertanding.

Pada 2014, Adun PKR,  Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai adun Kajang untuk memberi laluan kepada Anwar  dalam satu operasi yang dinamakan sebagai Kajang Move untuk menobatkan Anwar sebagai menteri besar Selangor. Tetapi, langkah Kajang tersebut menjadi langkah kejung apabila Anwar didapati bersalah dalam kes Liwat 2.

Sebelum  PRU14, Wan Azizah mengakui bahawa sebahagian dari rancangan beliau adalah supaya beliau menjadi pemanas kerusi untuk suaminya. Beliau berkata demikan  dalam satu bual bicara program Al Jazeera.

Walau bagaimanapun, setelah PH menang PRU 14 dan Wan Azizah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau melakukan pusingan U dan tidak mengosongkan kerusi parlimen Pandan tersebut sebaliknya kerusi Port Dickson pula menjadi mangsa.

Jika Anwar menang pada pilihanraya kecil kelak, Malaysia akan mencatat satu lagi sejarah apabila satu keluarga: suami, isteri dan anak (Anwar, Azizah, Nurul Izzah) menjadi ahli parlimen pada waktu yang sama -TTKM-

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.