Ulasan Filem Paskal: 10 bintang!

Oleh : Akhi Fairuz al Jengkawi

Ini filem pertama dari Malaysia yang aku rasa cukup layak untuk dapat 10/10 bintang.

Segala apa yang kau harapkan dari sebuah filem ada dalam cerita Paskal The Movie ini. Aksi? Banyak. Tak henti-henti. Sedih? Ada sangat, sampai kau boleh menangis. Kekeluargaan? Diolah dari mula sampai akhir. Kelakar? Tak dipaksa-paksa, ia hadir macam tu je.

Biasa tak kau tonton cerita perang Hollywood dengan bapak kau kat kampung? Kan ayah selalu cakap, bila nak berlawannya, bercakap je dari tadi. Aku yakin adegan bersembang kosong ni tak akan ditemui oleh bapak kau dalam Paskal.

Walau ia hanya filem yang diadaptasi dari kisah benar, aku tetap respect dengan lakonan semua pelakon. Baik Hairul Azreen, Ammar, Bang Nam Ron, Gambit, AmeeruL Afendi, Dato Eizlan Yusof dan lain-lain. Pendek kata, penghayatan mereka menjayakan watak membuatkan kau akan percaya mereka Tentera Laut Diraja Malaysia yang sebenar.

Paling aku suka, watak Ustaz. Best betul ada seorang anggota Paskal yang begini. Sentiasa rasional dan tenang.

Maka tak peliklah ada pelakon yang sampai pengsan jatuh dalam air serta jari patah dek nak jayakan watak. Bagi mereka, memakai seragam Paskal itu benar-benar satu penghormatan.

Cuma, hati aku sedikit sebak mengenangkan konflik antara Hairul (Arman) dengan ibunya. Hati siapa yang tak terguris bila emak sendiri tidak ‘merestui’ kerja yang kau buat. Apatah lagi, pengorbanan kau demi negara dan melibatkan nyawa.

Mohon YB Mat Sabu selaku Menteri Pertahanan bantulah yang mana patut. Soal gaji tu naikkanlah segera setimpal dengan kerja mereka. Anggota tentera yang pencen tu pula jenguk-jenguklah dan bantu. Kebajikan mereka perlu dijaga.

Ada orang dibayar RM 175 ribu sebulan pun tak dapat bantu banggakan negara, siap tersingkir awal lagi. Apatah lagi anggota tentera yang menjaga keamanan negara sejak dari merdeka.

Aku yakin, ramai anak muda yang akan peroleh inspirasi dari filem ini. Sekurang-kurangnya tak adalah mereka hanya nampak askar Amerika je yang power. Come on! Unit Paskal ni lagi power kot!

Semoga semakin banyak filem sebegini dihasilkan. Tidaklah kita hanya nampak hero dari luar sahaja. Filem Black Hawk Down pun ditutup fakta sebenar. Walhal kita yang jadi hero bantu askar Amerika.

Buat produser filem tempatan, teruskan ‘kedegilan’ anda untuk mengangkat karya seperti ini. Malaysia Baharu sangat perlu diisi dengan filem bermutu seperti ini, demi pembentukan jiwa dan minda generasi masa kini.

Anak aku yang berusia 3 dan 5 tahun pun terpegun sepanjang filem ditayangkan. Tak meragam langsung.

Jadi, aku menyeru pada semua rakyat Malaysia baik apa jua bangsa dan agama, supportlah filem ini. Tonton beramai-ramai. Di Aman Sentral semalam pun full house. Mujur beli awal di GSC apps. Kalau tak, mendongak jelah duduk kerusi paling depan.

Tag kawan-kawan dan pasangan untuk penuhkan pawagam hujung minggu ini. Jom kita cipta sejarah baru perfileman Malaysia lagi, filem pertama mencapai kutipan 50 juta ringgit.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Oh ya, review ini tidak berbayar. Ikhlas dari hati.

#TukangReviewFilem
#TukangCeramahBudakSekolah

-TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.