Air mata Najib bercucuran di sesi penutup PAU

PWTC, 30 Sept: Bekas presiden UMNO, Najib Razak tidak dapat menahan air mata sewaktu sesi penutup perhimpunan agung UMNO hari ini.

Menurut laporan Malaysiakini, air mata Najib mula mengalir bercucuran ketika lagu nasyid dari kumpulan Brothers berjudul “Teman Sejati” dimainkan selepas presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengakhiri ucapan beliau.

42858135_10155620040390952_8636662027999248384_o.jpg
Foto dari FB Najib Razak

Walaupun tidak memegang jawatan tinggi dalam parti, Najib masih diterima baik oleh perwakilan dan ada yang meminta beliau “Meneruskan Perjuangan”.

Najib, yang juga bekas perdana menteri dan ketua cawangan UMNO Pekan duduk di barisan ketiga di dalam dewan bersama dengan perwakilan Pekan lain.

42785679_10155620040165952_6972777756065005568_o.jpg
Foto dari FB Najib Razak

Terdahulu, Zahid memberikan penghargaan kepada Najib ketika melakukan ucapan penggulungan:

“Beliau sanggup duduk di barisan ketiga bersama-sama wakil bahagian Pekan. Inilah semangat bekas pemimpin yang berjiwa besar dan tetap bersama Umno,” – Zahid

Kata-kata Zahid itu disambut tepukan gemuruh perwakilan.

Menulis di facebooknya, Najib mengakui berkata beliau tidak dapat menahan sebak dan air mata.

“Maafkan saya tak dapat nak tahan sebak dan air mata tadi. Saya sabar, saya redha. Ini semua ujian oleh Allah. Dan kini saya tahu saya tidak keseorangan, saya ada saudara-saudari semua di sisi saya memberi kekuatan dan sokongan. Moga Allah merahmati kita semua.” – Najib Razak.

 

42929566_10155620040615952_7299427057061068800_o.jpg
Foto dari FB Najib Razak
Najib menerima sambutan hangat sepanjang perhimpunan. Semalam, ketika speaker Tan Sri Badruddin Amiruldin menyebut namanya, hadirin berdiri dan memberi tepukan penghormatan kepada beliau.
Pada PRU 14 lepas, Najib meletak jawatan sebagai pengerusi Barisan Nasional dan presiden UMNO setelah parti tersebut kalah di tangan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir yang memberikan pelbagai janji dalam manifesto mereka.
Walau bagaimanapun, kebanyakan dari janji-janji tersebut tidak ditepati dan hanya dicapati cicah kari tomato.  – TTKM –

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.