Hakim Datuk Abu Bakar Jais menjatuhkan hukuman tersebut selepas Asmarani Ghazali, 39, yang merupakan ibu kepada tiga anak mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 31(5)(b) Akta Kanak-kanak 2001.

Tertuduh didakwa meng­a­niaya Muhammad Afif Ka­marol Azli dengan cara memasukkan sebiji cili berwarna hijau ke dalam mulut mangsa sehingga menyebabkan kematian mangsa di sebuah rumah di Jalan TTJ 3/1B, Taman Tuanku Jaafar, Sungai Gadut di sini antara pukul 9.30 pagi dan pukul 10 pagi, 13 Jun lalu.

Bagaimanapun, pihak pendakwa memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lebih berat antara 10 tahun hingga 15 tahun terhadap Asmarani kerana menyifatkan kesalahan dilakukannya amat serius selain hukuman tersebut sebagai pengajaran kepada masyarakat yang ingin melakukan perbuatan sama.

Pertuduhan pilihan terha­dapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin mengikut seksyen tersebut yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau ke­dua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam, Datuk Hanif Hassan yang mewakili tertuduh memohon hukuman yang ringan atas alasan anak guamnya telah menjaga mangsa sejak berusia lima bulan dan sepanjang tempoh penjagaan sebelumnya, tiada masalah berlaku antara tertuduh, mangsa dan keluarga mangsa.

“Saya juga memohon hukuman ke atas tertuduh diringankan kerana ini merupakan kesalahan pertama dan tertuduh tiada sebarang rekod jenayah dan dia telah menyesal dengan apa yang berlaku serta berjanji tidak akan mengulangi sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang,” – Hanif.

Kronologi kes

Menurut laporan The Star, kejadian  pengasuh tersebut memasukkan cili hijau ke dalam mulut mangsa di dalam jagaan beliau sehingga mati tercekik, berlaku dua hari sebelum hari Raya Aidilfitri.

Gambar dari Kosmo!

Muhammad Afif Kamarol Azli, 2 tahun setengah jatuh sakit pada pagi Jun 13 dan tidak berhenti merengek walaupun dipujuk oleh tertuduh.