
Oleh :Abdul Rahim Hilmi.
Dr Mahathir ni terang terang berbohong (atau nyanyuk) dalam temubual dengan The Wall Street Journal (WSJ)? Beliau sebut DSAI dihukum dalam kes salahguna kuasa dan Liwat 1.0 melalui perbicaraan di mahkamah. Beliau juga mendakwa boleh menggunakan ISA untuk menghukum Anwar tetapi tidak melakukannya [1]
DSAI sebenarnya ditahan di bawah ISA pada 21 September 1998. Sehari sebelumnya, beliau ditangkap di dalam rumahnya sendiri pada jam 10 malam di hadapan keluarga dan para penyokong.
Video penangkapan termasuk tindakan polis menyerbu sehingga merosakkan kediaman DSAI boleh ditonton dengan mudah di YouTube. [2]
Dalam masa yang sama juga, DS Ahmad Zahid Hamidi yang ketika itu penyokong kuat DSAI (kini Presiden UMNO) juga ditahan di Kota Kinabalu dibawah ISA.
Yang hapus ISA ini Najib Razak. DSN lah yang betul betul serius hapuskan akta drakonian ini sehinggalah ia secara rasmi dibatu-nisankan pada Julai 2012.
Yang suka ISA ini Mahathir. Zaman dia jadi PM, 1200 orang ditahan dibawah akta tersebut [3]. Contoh mangsa dia adalah Nik Adli, anak almarhum TGNA. Sehingga TGNA bersumpah untuk memijak muka mereka yang bertanggungjawab menzalimi keluarganya (jika perlu) di hadapan Allah di Hari Pembalasan [4]
Dan bukti sukanya beliau kepada ISA adalah apabila beliau menyenaraikan pemansuhan akta ini sebagai salah satu sebab beliau menarik balik sokongan kepada DSN pada 2014 [5]
Dan penyokong DSAI yang percaya sangat dengan Tun Mahathir konon dah berubah ini, ada dia mengaku DSAI tak pernah meliwat ke selama ini? Ada dia sebut dia menyesal dalam temubual dengan WSJ?
Jadi, ya. Sembang. Sembang.
Rujukan:
[3] http://m.utusan.com.my/berita/politik/yang-kaya-jangan-baca-nanti-tidak-percaya-1.668939
[4] https://dailyrakyat.com/ringkasan-kisah-penahanan-nik-adli-di-isa/9461
[5] http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/10/27/tun-m-isa/
(Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM-Editor)
Leave a Reply