Oleh : Nome Nozwir
Tak ramai yang kenal Jon Favreau, penulis teks ucapan Barack Obama. Walaupun teks ucapannya power, namun orang tetap memberi kredit kepada Barack Obama. Orang lagi kenal Jon Favreau yang jadi eksekutif produser Iron Man dari si penulis teks ucapan.
Dalam scene speech writer, aku jujur cakap paling aku suka ialah Michael Gercon, penulis teks ucapan George W Bush. Walaupun Bush ni selalu suka buat lawak bodoh piang, tapi ucapan dia sungguh puitis. Perkataan seperti ‘axis of evil’, ‘you’re with us or the enemy’ atau ‘soon they will listen us’ masih lagi iconic bagi aku yang mengingati zamannya.
Peggy Nannon, penulis teks ucapan Reagan juga sangat klasik yang aku suka. Gaya penulisan yang eloquent dan kadang-kadang disentuh sentuhan sarkastik Reagan menyebabkan ia best dan kelakar untuk didengari.
Penulis ucapan teks Donald Trump, Stephen Miller pula, selalunya berbaur far right tapi ia boleh jadi sedap kalau tak kerana perangai Trump yang suka jack diri sendiri.
Dalam scene speechwriter, apa yang penting ialah retorik, iaitu seni untuk bagaimana kau menyampaikan ucapan kau kepada khalayak kau.
Dalam hal ini, orang tak peduli pun siapa Jon Favreau, Peggy Nannon, Michael Gercon atau Stephen Miller, tetapi yang paling penting ialah pengucapnya iaitu Obama, Reagan, Bush Jr dan Trump.
Kita semua akui dalam hal retorik, Dr Mahathir jauh lagi hebat dari Najib atau Zahid Hamidi, walaupun dalam hal ni aku akui Anwar jauh lagi hebat. Walaupun PTD yang tidak dikenali tu menulis teks ucapan, wartawan dan pengamal media tak ambik pot pun siapa yang menulis sebab yang penting ialah siapa yang menyampaikan ucapan tu.
Bukan semua politician mampu jadi Hitler atau Soekarno yang tulis teks sendiri.
Jadi, bergembiralah jika sekiranya ucapan Dr Mahathir tu mendapat pujian dan inspirasi ramai orang walaupun nama tak dikredit, sebab memang itulah tugas penulis teks ucapan.
Hanya duduk di balik tabir, merencana teks ucapan sambil menggambarkan visi pemimpin negara dengan kata-kata.
Kalau PTD rasa nak glamer bila jadi speechwriter, baik berhenti jadi speechwriter dan masuk Raja Lawak. Boleh jadi femes dan kahwin artis. -TTKM-
Artikel ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM- Editor