(Video) “Otak engkau!” kata Anwar kepada golongan super liberal

Port Dickson, 30 Sept: Calon pilihanraya kecil Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan kempen dengan melakukan serangan terhadap golongan yang beliau sebut sebagai ‘super liberal’.

Golongan ini menurut Anwar, mempertikaikan isu beliau membangkitkan soal melayu, bahasa dan |Islam.

“Cakap bahasa Melayu, bahasa kebangsaan pun ada yang nak pertikai. Cakap soal Islam, dan martabatkan Islam dan dakwah pun dia (super liberal) kata : “Ha ini Anwar Islam sangat tak boleh percaya Anwar!” . – Anwar Ibrahim.

Anwar turut mendakwa golongan super liberal berkempen menunjukkan imej beliau sebagai terlalu melayu dan Islam.

“Ini super liberal!Mari kempen: “Ini Anwar ini terlalu melayu. Terlalu Islam.’ Jadi nak jadi pemimpin, jangan Melayu, jangan Islam? Otak engkau!” – Anwar Ibrahim.

Video ehsan KiniTV:

Istilah ‘super liberal’

Anwar mula menggunakan istilah ‘super liberal’ minggu lepas pada satu syarahan beliau bertajuk  Syarahan Negarawan 2018, di Dewan Bahasa dan Pustaka minggu lepas.

Tanpa merujuk secara spesifik kepada mana-mana pihak, Anwar berkata golongan super liberal ini kerap mengeluarkan permintaan dan menuntut ia dituruti selain mengecam pandangan pihak lain yang bertentangan dengan mereka.

“Bila kita tegur mereka ini, kita pula diserang seolah-olah negara ini dia punya. Saya jawab , kita ini wakil majoriti dalam negara ini dan kita bangkit menyatakan bahawa dalam negara ini kita juga berhak untuk menyuarakan pandangan.

“Mereka fikir pandangan mereka mesti kita ikut. Kalau saya sentuh sikit mengenai Islam dan Melayu langsung dipertikai. Saya mahu memberitahu kepada mereka, kita tidak mahu ‘kezliman majoriti’, kita juga menolak ‘kekejaman minoriti’,” – Anwar Ibrahim

Siti Kasim balas kritikan Anwar. 

siti_kasim_0909_(3).jpg
Siti Kasim.

Peguam kontroversi, Siti Kasim walau bagaimanapun kecewa dengan kenyataan Anwar yang menempelak golongan super liberal dan mendakwa Anwar mengisytiharkan perang terhadap mereka.

“Anda fikir menjadi super liberal adalah sesuatu yang memalukan dan ia adalah jenayah? Saya sangat kecewa dengan kenyataan anda wahai perdana menteri yang menunggu! Anda mengishtiharkan perang terhadap mereka yang akan mempertahankan hak anda dalam jenayah yang tidak bermangsa!” – Siti Kasim.

Pilihanraya kecil Port Dickson pada 13 Oktober ini menyaksikan pentandingan 7 penjuru iaitu:

  1. Datuk Seri Anwar Ibrahim (Pakatan Harapan)
  2. Lt. Kol. (B) Mohd Nazari Mokhtar (PAS)
  3. Saiful Bukhari, bekas pembantu Anwar (Bebas)
  4. Tan Sri Isa Samad, bekas menteri besar Negeri Sembilan (Bebas)
  5. Stevie Chan Keng Leong (Bebas)
  6. Lau Seck Yan  (Bebas)
  7. Kan Chee Yuen  (Bebas)

PRK ketiga dilakukan untuk Anwar.

PRK Port Dickson merupakan pilihanraya kecil ketiga yang dilakukan oleh PKR bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding.

Pada 2008, Wan Azizah meletak jawatan sebagai ahli parlimen Permatang Pauh untuk Anwar kembali bertanding.

Pada 2014, Adun PKR,  Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai adun Kajang untuk memberi laluan kepada Anwar  dalam satu operasi yang dinamakan sebagai Kajang Move untuk menobatkan Anwar sebagai menteri besar Selangor. Tetapi, langkah Kajang tersebut menjadi langkah kejung apabila Anwar didapati bersalah dalam kes Liwat 2.

Sebelum  PRU14, Wan Azizah mengakui bahawa sebahagian dari rancangan beliau adalah supaya beliau menjadi pemanas kerusi untuk suaminya. Beliau berkata demikan  dalam satu bual bicara program Al Jazeera.

Walau bagaimanapun, setelah PH menang PRU 14 dan Wan Azizah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau melakukan pusingan U dan tidak mengosongkan kerusi parlimen Pandan tersebut sebaliknya kerusi Port Dickson pula menjadi mangsa.

Jika Anwar menang pada pilihanraya kecil kelak, Malaysia akan mencatat satu lagi sejarah apabila satu keluarga: suami, isteri dan anak (Anwar, Azizah, Nurul Izzah) menjadi ahli parlimen pada waktu yang sama -TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.