Netizen lancar kempen #WeAreAllAymanRashdanWong

Putrajaya, 1 Oktober: Seorang penjawat awam PTD yang aktif menulis di facebook mengenai isu semasa, Ayman Rashdan Wong memadamkan hantaran beliau mengenai ucapan Tun Dr Mahathir di PBB baru-baru ini, setelah dihubungi oleh pegawai dari Jabatan Perdana Menteri.

Semalam saya telah dihubungi oleh pegawai di Pejabat Perdana Menteri berkenaan hantaran saya tentang ucapan Tun di UNGA. Menurut beliau, terdapat kesalahan fakta dalam hantaran saya: ucapan tersebut tidaklah melibatkan pegawai di kementerian lain seperti dakwaan saya.

Rentetan daripada itu, saya telah memadamkan hantaran tersebut untuk menghalang orang lain daripada share hantaran tersebut. Saya terbuka kepada kritikan/pembetulan, kalau orang dapat membuktikan saya silap, maka saya akan memperbetulkan fakta serta merta. Cuma disebabkan kesuntukan masa, saya tak sempat untuk berbuat demikian. –  Ayman Rashdan Wong

Kejadian tersebut telah menyebabkan  netizen berang kerana mereka menganggap PMO seolah-olah membuli penjawat awam bersuara, lalu mereka melancarkan kempen menyokong Ayman melalui tanda pagar #WeAreAllAymanRashdanWong.

Laman facebook Si Rashid yang mempunyai 640k likers juga telah menaikkan hantaran berikut:

“Penuhkan wall korang dengan hashtag #WeAreAllAymanRashdanWong Jom support Ayman! – Si Rashid

Berikut pula beberapa komen netizen yang mengecam tindakan PMO terhadap Ayman:

Ali Imran Bila orang pandai macam kau pi kerja dengan syarikat luar negara, depa kata lupa daratan.Bila berkhidmat untuk negara depa kata lupa daratan.Relax bro. Reporter tahu ucapan menteri semua-semua tu siapa yang tulis.

Fahmi Mustaffa Ada beberapa perkara yang kadangkala saya tak setuju dengan saudara tapi yang ini saya setuju – bahawa saudara boleh tumpukan betul betul menulis buku untuk penulisan yang serius – sebab Facebook sudah jadi echo chamber dengan cognitive dissonance yang tinggi. Baik apa pun, maju terus

Safwan Safiuddin Ayman Rashdan Wong, ko tak salah bang. Serius ko neutral. Apa yang ko buat adalah menerangkan common procedure dan perspektif daripada seorang PTD yang biasa berurusan dengan menteri sekaligus mengetengahkan dan memberi pencerahan mengenai proses penyediaan ucapan yang biasa di gunapakai. Kalaulah guna teleprompter tu menunjukan kelemahan Tun secara fizik, maka orang harus kecam pembuat cermin mata tun ketika berucap itu juga kerana ianya juga representasi kelemahan fizik. Malah aku tak rasa ko kritik Tun, aku rasa ko kritik orang yang suka jump into conclusion. Haha. Apa sudah jadi daa? Wkwkwk

Mat Apit Kebebasan bersuara, dicatu sehingga ke laman sosial peribadi.

Muhammad Aizat Abdullah Hang rilek ja Man. Hang tak hina Tun M pun. Budak2 PH ni yang taksub.

Muhammad Ruzaini harap – harap janganlah ada tangan – tangan yang nak transfer kau

Fyé Zainuddin No need to delete.. set ‘Only Me’ jer. There’s so much to learn from it. Someday that could be your precious treasure to guard for diplomacy.

Khairul Fadhli Saadon Kerana rakyat yg taksub politik, Ayman dah tawar hati nak ulas tentang dasar-dasar kerajaan Malaysia.Sedangkan selama ni penulisan dia langsung tak berpihak kepada mana-mana parti.Selama ni pun Ayman memang banyak fokus isu luar negara dan jarang ulas yg berkaitan Malaysia dan sangat berhati-hati bila ulas sebab ada kalangan kita yg akan salah tafsir ikut kaca mata politik kepartian.
Sedangkan ketika lawatan Tun M ke China teruk diperli oleh penyokong pembangkang, tulisan Ayman banyak back-up Tun ketika tu. Bukan sebab Ayman penyokong PH tapi sebab dia pegawai kerajaan dan melihat lawatan atau apa2 penglibatan Tun ke pentas antarabangsa tu sebagai wakil kerajaan Malaysia bukan wakil PH.

Kiridaren Jayakumar Don’t worry, I know how tough it is to come back..Anyhow, critics are always there, just don’t stop writing on international and our national news or facts. Very important to educate each other, right? Stay strong and well done for coming back.

Berikut merupakan hantaran beliau yang telah menyebabkan perasaan kurang senang penyokong Tun Dr Mahathir.

42820829_10156504766622906_4513875899266891776_n.jpg

Berikut pula merupakan kenyataan penuh Ayman setelah dihubungi  oleh Jabatan Perdana Menteri.

Baru sampai Malaysia. Buka Facebook. Meletup. Kontroversi lagi.

Semalam saya telah dihubungi oleh pegawai di Pejabat Perdana Menteri berkenaan hantaran saya tentang ucapan Tun di UNGA. Menurut beliau, terdapat kesalahan fakta dalam hantaran saya: ucapan tersebut tidaklah melibatkan pegawai di kementerian lain seperti dakwaan saya.

Rentetan daripada itu, saya telah memadamkan hantaran tersebut untuk menghalang orang lain daripada share hantaran tersebut. Saya terbuka kepada kritikan/pembetulan, kalau orang dapat membuktikan saya silap, maka saya akan memperbetulkan fakta serta merta. Cuma disebabkan kesuntukan masa, saya tak sempat untuk berbuat demikian.

Pegawai tersebut juga pointed out 2 kesilapan saya: “being disrespectful to Tun” dan memburukkan nama PTD. Saya rasa ini juga dakwaan orang yang mengecam saya di Facebook.

Is that the case? While I’m acknowledging my mistake, tapi membenarkan saya buat sedikit “apologia” (pembelaan diri).

Pertama, hantaran saya bukan bertujuan untuk memburukkan nama Tun dan pemimpin negara. Saya bukan cybertrooper mana-mana parti politik. In fact, saya adalah antara orang yang paling ke depan sekali untuk mempertahankan nama kerajaan atau pemimpin negara, tak kira sesiapa pun yang memerintah.

Kalau anda semua masih ingat, semasa lawatan Tun ke China bulan lepas, saya juga pernah menaikkan hantaran untuk menangkis fitnah ke atas Tun kononnya Tun dihina dalam lawatannya ke China. Sebelum Tun melawat Jepun, saya menulis tentang rasional disebalik lawatan tersebut. Tujuan saya adalah untuk membantu orang awam untuk memahami isu hubungan antarabangsa yang kompleks dalam bahasa yang mudah difahami oleh orang ramai, agar semua dapat mengetepikan sentimen politik kepartian yang sempit dan fokus pada “common good”.

Untuk hantaran semalam, tujuan saya hanya adalah untuk mendidik orang ramai tentang fungsi “teleprompter” yang ramai orang tak tahu, dan pada masa yang sama menerangkan proses penyediaan input/ucapan pemimpin yang ramai orang tak tahu. Saya menulis berdasarkan “best of my knowledge”, sebab saya sendiri pun terlibat dalam penyediaan input Tun untuk interview CNN, jadi saya andaikan ucapan Tun juga “taken care” oleh Wisma Putra seperti amalan biasa.

Adakah saya merendah-rendahkan kebolehan Tun untuk menulis ucapan? Tidak. Semua orang sedia maklum “giftedness” Tun, cuma amalan biasa kerajaan, penjawat awam akan buat fact-checking dan draf terlebih dahulu untuk pertimbangan pemimpin negara. Setahu saya, itu masih proses kerja yang diamalkan.

Maafkan kesilapan fakta saya dalam hal ini, tapi tujuan saya bukan untuk “defame” (kalau tidak, tak akan saya menekankan perkataan “with all due respect”, “don’t get me wrong”), tapi untuk “educate” orang ramai tentang proses kerja kerajaan yang orang ramai berminat untuk tahu tapi tak berpeluang untuk tahu.

Kedua, dakwaan mengenai saya “opened the floodgate” kepada fitnah yang dilemparkan ke atas PTD, konon tulisan saya mencalarkan imej profesionalisme PTD.

Sebenarnya, selama 2 tahun saya menulis ini saya dah bosan dan letih dah dengan pelbagai dakwaan yang mengatakan saya “macai” dan “penjilat” kepada sosok politik tertentu, walaupun niat saya hanya adalah untuk menerangkan isu dari sudut pandang seorang penjawat awam.

Tapi apa yang masih buat saya bertahan? Sebabnya, setiap hari akan ada orang PM saya, kebanyakan orang muda-muda yang masih belajar, yang menyatakan minat mereka untuk menjadi PTD selepas baca hantaran-hantaran saya. Dan juga komen-komen yang menyatakan keterujaan mereka dengan tahap knowledge yang ada pada pegawai PTD (bukan nak angkat bakul sendiri, tapi itulah maklum balas yang saya terima). Jika itu mencalar imej PTD, then I’ll take the blame.

Malah saya juga anggap kegiatan saya menulis adalah sebahagian daripada “perkhidmatan” kepada negara ini. A true civil servant should use all his time and energy to promote the country’s interest, bukan dalam lingkungan waktu pejabat sahaja.

Saya menulis hanya untuk suka-suka saja, geopolitics dan international affairs ialah passion saya. Kalau anda mengikuti tulisan saya dari dulu, dulu saya hanya tulis pasal Syria, Yaman, Myanmar, China, kemudian baru masuk bab pasal Malaysia sebab saya rasa rakyat Malaysia kena ada faham asas tentang semua ini untik jadi rakyat yang lebih patriotik dan rasional.

Tapi memandangkan Facebook telah jadi “highly politicized”, kadang tulisan kita yang tak berniat apa-apa pun boleh “abused” jadi hantaran berbau politik, maka saya membuat keputusan tidak akan komen satu patah perkataan lagi tentang dasar kerajaan Malaysia. Kalau saya masih dibenarkan menulis, saya cuma akan sentuh isu luar negara sahaja.

Sebenarnya saya pun dah ada niat nak henti menulis di Facebook untuk menghasilkan “real book” yang berkualiti tinggi. Saya target menjelang akhir tahun ini dapat menerbitkan “Dunia Tanpa Tembok II” yang akan jadi panduan kepada generasi anak watan untuk memahami geopolitik antarabangsa, make Malaysia stronger together.

Akhir sekali, saya dengan serendah-rendah hati memohon maaf kepada Tun, staf Tun dan pegawai-pegawai PMO sekiranya tulisan saya telah menimbulkan kesulitan. Demi Allah, saya tidak berniat buruk dan saya mengakui saya telah “underestimate” pengaruh saya di alam maya sehingga membuka pintu fitnah.

p.s.: kepada follower dan rakan setia saya, rilek korang, que sera sera. – Ayman Rashdan Wong

-TTKM-

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.