May 18, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

(Video Mia Jalipah) FB Page SSTD kantoi

 

Transkrip Mia Jalipah:

Salam Malaysia baru kasut kau hitam tak payah kapur.

Buletin tentera troll kebangsaan malaysia 1 oktober 2018.
Saya mia jalipah.

FB page Saya Sayang Tun Dr Mahathir baru-baru ini menaikkan hantaran gambar tulisan tangan Tun Det.

Ini dilakukan admin page tersebut bagi membuktikan ucapan tun di PBB tempoh hari adalah dari penulisan Tun Det sendiri dan bukannya penulisan pegawai tadbir diplomatik seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Walau bagaimanapun, kami mendapati gambar tersebut bukanlah draf tulisan tangan Tun Det untuk ucapan beliau di PBB.

Sebaliknya, ia adalah koleksi tun det yang dipamerkan di galeri Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Gambar asalnya pula ditweet oleh tun det sendiri di akaun twiter beliau pada 31 januari 2017.

Admin page Saya Sayang Tun Dr Mahathir didapati telah melakukan ‘crop’ pada gambar asal tersebut untuk tujuan propaganda murahan di media sosial.
Eh Eh alahai! Apa ini admin page Saya Sayang Tun Det? Kantoi busuk ke? Muhahahahihihiu!

Propaganda standard apa begini sampai main crop- crop?
Kalau iya pun nak bekap Tun Det, berilah gambar yang betul.

Kenapa perlu kitar semula gambar tahun lepas bro!

Ini sudah terkantoi ini macam mana? Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka? Muhahahahihihiu!
Saudara,
Pulau Pandan jauh di muara,
Gunung Daik bercabang tiga,
Gambar lama dikitar semula,
Perdana menteri pun begitu juga.
Sekian Buletin Tentera Troll Kebangsaan Malaysia.
Berita Parodi, Troll Sensasi.

Salam malaysia baru kucing kau oren.


Anda suka Mia Jalipah dan Buletin TTKM? Sokong kami dengan melakukan sumbangan ke :   No akaun : 8603355994              Bank : CIMB Bank   

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: