(video) “Saya tak pernah minta maaf kepada Anwar!” – Tun Dr Mahathir

Kuala Lumpur, 2 Okt: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah meminta maaf secara rasmi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pemecatan dan tuduhan liwat terhadap Anwar pada tahun 1998.

Beliau berkata demikian pada program BBC Hardtalk semalam.

Mahathir  turut menafikan  ada berkata memecat Anwar adalah “satu kesilapan  dan mahu membaikinya”.

“Saya tak pernah minta maaf dengan dia (Anwar), orang lain yang kata kerana mereka mahu saya memohon maaf. Tetapi saya tidak pernah memohon maaf secara rasmi kepadanya” – Mahathir.

Menurut Dr Mahathir, isu pertuduhan lalu terhadap Anwar juga tidak dibangkitkan semasa mereka bekerjasama pada pilihan raya umum ke-14 kerana ingin memberi tumpuan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Ketika ditanya adakah beliau kesal dan rasa bersalah atas nasib yang menimpa Anwar, Dr Mahathir berkata beliau tidak boleh dipertanggungjawabkankerana keputusan tersebut dijatuhkan oleh mahkamah.

“Saya rasa kesal dia perlu ke penjara. Saya kasihan terhadap orang yang melakukan sesuatu dan dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah,” – Mahathir.

Untuk rekod, Anwar Ibrahim menyatakan  kepada BBC pada Jun lepas bahawa “Mahathir ada berkata memecat beliau pada 1998 adalah satu kesilapan”

Anwar turut berkata Mahathir memohon maaf pada beliau pada satu perutusan khas di facebook beliau menjelang PRU 14 lepas:

“Tun Mahathir membuktikan dengan kegigihan berjuang; menerima keterbatasan lalu; memohon maaf dan mengorbankan masa dan tenaga untuk mengangkat darjat dan martabat rakyat dan negara. ” – Anwar Ibrahim

Pada 1998, Dr Mahathir memecat Anwar selaku timbalannya atas dakwaan moral beliau yang rendah.

madet.PNG
Tangkap layar arkib berita Utusan Malaysia 9 september 1998 

“Saya menganggap Anwar tidak layak untuk menerajui negara ini bukan disebabkan oleh soal politik, pertentangan pendapat dengan saya atau ekonomi tetapi disebabkan moralnya yang rendah.Perbuatan yang dilakukan oleh Anwar tidak dapat diterima oleh saya, tidak dapat diterima oleh parti saya dan tidak dapat diterima oleh negara ini.” – Mahathir

Mahkamah kemudian mendapati Anwar bersalah atas kesalahan liwat dan salah guna kuasa.

Anwar  mendakwa tuduhan ke atasnya adalah konspirasi politik dan sengaja direka oleh Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya.

Walaubagaimanapun, Anwar dan Dr Mahathir melupakan sengketa dan bekerjasama pada PRU 14 lalu membentuk koalisi baru di bawah Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan menang PRU-14 lepas dan Dr Mahathir kembali semula menjadi perdana menteri, dimana timbalannya pula adalah isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah.

Anwar pula kini merupakan calon dalam satu pilihanraya kecil di Port Dickson sebagai usaha  untuk beliau kembali ke parlimen seterusnya menjadi perdana menteri ke 8. Sekiranya beliau memenangi prk ini, ia merupakan pertama kali dalam sejarah di mana satu keluarga ayah, ibu dan anak (Anwar, Azizah dan Nurul Izzah) menjadi ahli parlimen pada satu masa yang sama.  -TTKM-

 

1 Trackback / Pingback

  1. Punca Anwar dipecat 1998: Bukti perangai tidak bermoral beliau terlalu kukuh – PM | Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.