(Video Mia Jalipah) Tun vs Bang Non: “Sorry seems to be the hardest word”

Video di bawah:

Anda suka tonton Mia Jalipah di Buletin TTKM? Sokong Mia Jalipah untuk terus membawakan berita parodi troll sensasi  dengan menyumbang ke : No akaun 8603355994 (CIMB BANK)

Transkrip Mia Jalipah:

Salam Malaysia Baru pinjaman PTPTN kau tetap kena bayar.

Mengejutkan. Perdana menteri, Tun Det semalam mengakui beliau tidak pernah meminta maaf kepada Anwar dalam satu program BBC Hardtalk.

Selain itu, Tun Det juga tidak mengakui ada mengatakan memecat Bang Non pada 1998 dulu adalah satu kesilapan.
Eh, eh? Apa ini? Menjelang PRU 14 lepas, Anwar yang turut dikenali sebagai Bang Non ada menaikkan status di facebook beliau mengatakan Mahathir memohon maaf. Mana satu yang betul ni woi?

Kita tonton apa kata Bang Non pada Jun lepas.

Eh, eh! Ketomatololan apa ini? Mia pun sudah pening. Cakap pusing-pusing bau hancing. Siapa yang kencing ni? Muhahahahihiu!

Tun Det juga ditanya adakah beliau kesal terhadap tuduhan liwat yang dilemparkan kepada Anwar dulu.
Oh, rupanya Tun Det tak mahu dipersalahkan!
Walau bagaimanapun, kami mendapati Tun Det sendiri yang menyatakan Bang Non bersalah, sebelum diputuskan mahkamah! Kenapa tak percaya?
Mari kita kembali pada 20 tahun lepas.
Adakah Tun Det sudah lupa sidang akbar beliau sendiri? Kami menghubungi Tun Det bagi mendapatkan penjelasan, ini komen beliau.

Lapuiji pula memberi komen berikut.

Saudara,

Kajang Pak Malau, Kajang Berlipat,
Langkah Kajang terkulai layu,
Dulu maki hamun sekarang jilat,
Inilah dia Malaysia baru wak lu!

Muhahahahihihiu.

Sekian Buletin Tentera Troll Kebangsaan Malaysia.
Berita Parodi, Troll Sensasi.
Salam Malaysia baru tol Simpang Senggam kau tak jadi hapus. -TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.