“Jangan ambil tindakan terhadap mereka yang hina saya!” – Tun.

Putrajaya, 4 Okt: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi permintaan beliau supaya polis berhenti melakukan tangkapan terhadap mereka yang menghinanya, menurut laporan Malaysiakini. 

Bercakap kepada wartawan di Putrajaya pagi tadi, beliau mengatakan penghinaan tidak menjejaskan beliau dan ahli politik haruslah menerima kritikan atau diberi gelaran tertentu.

“Perkara itu tak sepatutnya berlaku. Saya tak kisah dihina oleh sesiapa. Tidak akan menjejaskan saya.

Ada satu kes di Pulau Pinang. Saya beritahu mereka “Jangan ambil sebarang tindakan”.

Ahli politik haruslah menerima dikritik, digelar nama.

Saya digelar dengan pelbagai nama. Tetapi saya tidak pernah mengambil sebarang tindakan, walaupun ketika saya menjadi perdana menteri sebelum ini.” – Tun Dr Mahathir.

Beliau diminta memberi komen berhubung penahanan Azman Noor Adam ( Adik kepada Lokman Adam) di bawah seksyen 4 akta hasutan 1948 kerana menyebarkan gambar yang menghina Mahathir di facebook.

TTKM difahami gambar tersebut menampilkan “seorang budak lelaki menunjukkan punggungnya kepada wajah Tun Dr mahathir di kaca telivisyen.” 

Pada PRU ke 14 lepas, Pakatan Harapan berjanji akan menghapuskan akta hasutan tersebut yang sering disalah guna oleh kerajaan BN sebelum ini terhadap musuh politik mereka.

Walaubagaimanapun,  janji tersebut terbukti hancing kerana selepas memenangi PRU 14, kerajaan PH masih belum memansuhkan akta tersebut. Malah, terdapat beberapa aktivis dan ahli politik disiasat di bawah akta tersebut selepas 9 Mei. – TTKM –

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.