Rosmah didakwa 17 pertuduhan. Ikat jamin RM2 juta. Passport diserahkan kepada mahkamah.

Kuala Lumpur, 4 OKT: Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansur hari ini  didakwa dengan 17 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA), menurut laporan Malaysiakini. 

Mereka yang berharap beliau dipakaikan baju oren SPRM hampa kerana Rosmah tampil dengan tudung oren berpadanan dengan baju kurung yang juga berbunga oren.

Secara keseluruhannya, Rosmah menghadapi tuduhan memasukkan RM7.097 juta ke akaun peribadinya dari tahun 2013 hingga 2017. 17  Pertuduhan secara terperinci adalah seperti berikut:

Pertuduhan  terperinci adalah seperti berikut:

1. Memasukkan RM200,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 4 Disember 2013;

2. Memasukkan RM100,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 16 Dis 2013;

3. Memasukkan RM200,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 23 Dis 2013;

4. Memasukkan RM100,000 daripada hasil kegiataan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 28 Jan 2014;

5. Memasukkan RM100,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 29 Jan 2014;

6. Memasukkan RM200,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 28 Feb 2014;

7. Memasukkan RM100,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 14 Mac 2014;

8. Memasukkan RM100,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 8 April 2014;

9. Memasukkan RM1.6 juta daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya dalam lapan transaksi antara 4 Sept 2014 dan 22 Disember 2014;

10. Memasukkan RM3.85 juta daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya dalam 127 transaksi antara 21 Jan 2015 dan 12 Disember 2015;

11. Memasukkan RM510,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya dalam 87 transaksi antara 28 Jan 2016 dan 7 Nov 2016;

12. Memasukkan RM30,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya dalam lima transaksi antara 29 Mac, 2017 dan 8 Jun 2017;

13. Gagal mengisytiharkan RM500,000 didepositkan ke akaun peribadi beliau antara 4 Dis 2013 dan 23 Disember 2013 seperti yang dikehendaki oleh Akta Cukai Pendapatan;

14. Gagal mengisytiharkan RM2.2 juta didepositkan ke akaun peribadi beliau antara 28 Januari 2014 dan 22 Disember 2014 seperti yang dikehendaki oleh Akta Cukai Pendapatan;

15. Gagal mengisytiharkan RM3..85 juta didepositkan ke akaun peribadi beliau antara 21 Jan 2015 dan 12 Disember 2015 seperti yang dikehendaki oleh Akta Cukai Pendapatan;

16. Gagal mengisytiharkan RM510,000 didepositkan ke akaun peribadi beliau antara 28 Jan 2016 dan 7 Nov 2016 seperti yang dikehendaki oleh Akta Cukai Pendapatan;

17. Gagal mengisytiharkan RM30,000 didepositkan ke akaun peribadi beliau antara 29 Mac, 2017 dan 8 Jun 2017 seperti yang dikehendaki oleh Akta Cukai Pendapatan.

Sekiranya disabitkan kesalahan tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda sebanyak lima kali daripada jumlah aktiviti haram atau RM5 juta atau mana-mana yang lebih tinggi, bagi setiap tuduhan.

Hakim Azura menetapkan ikat jamin sebanyak RM2 juta terhadap Rosmah dengan dua penjamin.

Rosmah juga perlu memenuhi syarat yang diminta oleh pihak pendakwa, iaitu menyerahkan pasportnya ke mahkamah, dan menahan diri daripada menghubungi mana-mana saksi atau saksi yang berpotensi.

RM500,000 mesti dibayar hari ini, manakala bakinya perlu dibayar pada 11 Okt. – TTKM-

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version