(video) Anwar mungkir janji: Guna aset dan jentera kerajaan untuk kempen PRK PD?

bottle

Port Dickson, 4 Okt: Calon Pakatan Harapan untuk pilihanraya kecil Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam hadir sebagai VIP dalam satu majlis penganugerahan pingat kepada pesara tentera di Muzium Tentera di sini semalam.

Foto Malaysiakini.

RTM melaporkan Menteri pertahanan, Mat Sabu sebagai berkata setiap keluhan anggota pasukan keselamatan itu akan menemui jalan penyelesaian selepas Datuk Seri Anwar dipilih sebagai ahli parlimen Port Dickson.

Anwar dilihat bersama menteri pertahanan, Mat Sabu menaiki kereta rasmi menteri tersebut.

Mungkir janji?

Pada 21 September lepas, Anwar berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan menggunakan aset dan jentera kerajaan bagi Pilihan Raya Kecil di Parlimen P.132 Port Dickson yang akan berlangsung pada 13 Oktober depan.

Foto Astro Awani.

Malah, beliau turut  berkata pihak yang berkempen dan memberi sokongan kepadanya perlu hadir sebagai pemimpin parti dan bukannya wakil kerajaan.

“Pihak yang berkempen dan hadir untuk memberikan sokongan kepada saya perlu hadir sebagai pemimpin parti dan bukannya wakil kerajaan.

“Saya dimaklumkan Datuk Saifuddin Nasution bahawa terdapat program yang diaturkan oleh kementeriannya di Port Dickson sebulan sebelum ini.

“Namun, beliau menangguhkannya kerana tidak mahu dianggap menggunakan jentera kerajaan untuk tujuan PRK ini. Saya rasa itu penting. Ia isyarat yang sangat penting supaya kami dapat menghadapi pilihan raya ini melalui proses yang bersih dan bebas,” – Anwar Ibrahim

PRK ketiga dilakukan untuk Anwar.

PRK Port Dickson merupakan pilihanraya kecil ketiga yang dilakukan oleh PKR bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding.

Pada 2008, Wan Azizah meletak jawatan sebagai ahli parlimen Permatang Pauh untuk Anwar kembali bertanding.

Pada 2014, Adun PKR,  Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai adun Kajang untuk memberi laluan kepada Anwar  dalam satu operasi yang dinamakan sebagai Kajang Move untuk menobatkan Anwar sebagai menteri besar Selangor. Tetapi, langkah Kajang tersebut menjadi langkah kejung apabila Anwar didapati bersalah dalam kes Liwat 2.

Sebelum  PRU14, Wan Azizah mengakui bahawa sebahagian dari rancangan beliau adalah supaya beliau menjadi pemanas kerusi untuk suaminya. Beliau berkata demikan  dalam satu bual bicara program Al Jazeera.

Walau bagaimanapun, setelah PH menang PRU 14 dan Wan Azizah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau melakukan pusingan-U dan tidak mengosongkan kerusi parlimen Pandan tersebut sebaliknya kerusi Port Dickson pula menjadi mangsa.

Jika Anwar menang pada pilihanraya kecil kelak, Malaysia akan mencatat satu lagi sejarah apabila satu keluarga: suami, isteri dan anak (Anwar, Azizah, Nurul Izzah) menjadi ahli parlimen pada waktu yang sama -TTKM-


Anda suka dengan laporan Buletin TTKM? Sokong kami dengan melakukan sumbangan di sini: https://www.billplz.com/sokongttkm

bottle

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. PRK Port Dickson : "Menteri jangan kempen!" – Bersih | Buletin TTKM
  2. "Naik kereta rasmi menteri pertahanan kerana mahu bercakap dan tiada masa!" – Anwar Ibrahim. | Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.