Ibu dan ibu saudara pertahankan nama anak panjang.

Dikecam di media sosial, ibu  kepada anak yang mempunyai nama terpanjang di Malaysia, tampil mempertahankan tindakan memberikan nama panjang tersebut.

Gambar Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra dari FB ibu saudaranya.

Dikenali sebagai Puteri Tujuh, beliau mengatakan kakak dan abang kepada Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra turut mempunyai nama yang panjang iaitu:

Nama Abang: Prince Muhammad Ahmad Ashrafi Auliya Alfarezel Rasya Sidra

Nama kakak: Princess Amanda Auliya Sofea Nurr Jelita

Tambah beliau,  nama tersebut menjadi perhatian dunia berkat dari alam sebelah.  

selain telah termaktub dan diizinkan oleh Allah.

Puteri Tujuh, ibu kepada Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra, gambar dari FB beliau

Berikut merupakan kenyataan penuh Puteri Tujuh:

Assalamualaikum

Terutama sekali terima kasih dan alhamdulilah di atas segala nikmat dan kurniaan dari Allah S.W.T.

Terima kasih juga kepada Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya yang telah pun mengumumkan bahawasanya setakat ini nama anakanda Puteri Tujuh adalah nama yang terpanjang dalam rekod JPN dan Malaysia.

Bukan nak cari publisiti, bukan nak glamour. Abang dia pun pemilik nama yang panjang.

Manakala kakaknya juga begitu

Banyak pihak yang bertanya tak kesian ke nama anak panjang panjang, nak angkat nikah susah dan sebagainya

Jawapan puteri mudah

Apa nak susah, Allah kan ada. Kalau Allah tak izin nama mereka pun tidak dapat didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara. Dah termaktub dan sudah tertulis. Allah lebih berkuasa biarpun puteri mahupun ayahanda mereka bercadang mahupun berhajat. Kalau Allah tidak izin maka ianya tidak akan berlaku. Doakan yang baik-baik. Allah permudahkan urusan mereka kelak. Amin

Ingin puteri katakan disini bukan sahaja Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra memiliki nama yang panjang. Sebenarnya abang dan kakaknya juga sama.

Setakat ini alhamdulilillah Islam tidak melarang meletakkan nama anak-anak terpanjang namun Islam menggalakkan nama anak dengan maksud yang baik. 

Dan alhamdulilah nama nama tersebut jua mempunyai maksud tersendiri dan makna tersendiri di sebalik 7 bulan dalam kandungan Puteri Tujuh. Dan mempunyai jalan cerita mereka sendiri. Dan nama tersebut diberi oleh ayahanda mereka. 

Luar biasa hanya Allah saja yang tahu.

Namun begitu Puteri Tujuh sebagai ibu yang melahirkan mereka sentiasa mendoakan agar kelak mereka menjadi insan jutawan dan dermawan. Demi membantu dan sentiasa merendah diri membantu semua makhluk Allah. Dan juga Puteri Tujuh percaya mereka juga punya pancaindera ke enam yang jauh lebih mantap dari bonda mereka. Dan gunakan ilmu pancaindera ke enam mereka demi alif ba ta.

Suatu hari apa yang berlaku kita tidak akan tahu. Masa tidak akan menunggu kita. Namun kita boleh mencuba pada hari ini untuk kita jadikan ianya satu kenyataan dimasa mendatang.

Semoga Allah melindungi anakanda Puteri Tujuh walau dimana mereka berada kerana dunia akan tahu inilah legasi susur galur keturunan Puteri Tujuh. Amin amin

Semoga anda semua dirahmati Allah selalu. Amin

Sekian saja penjelasan dari Puteri Tujuh

Salam praktisi spiritual Malaysia/Indonesia

-Puteri Tujuh-

Grafik dari Sinar Harian.

Berikut pula kenyataan ibu saudara, Fina Ariffin

Assalamualaikum,

Ribuan terima kasih kepada pihak JPN kerana mengumumkan nama anak saudara sy adalah yang terpanjang di Malaysia.

Inilah wajah pemilik nama terpanjang yang diumumkan oleh JPN-

🌹🌹🌹Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra 🌹🌹🌹

Auraku sayang,

Senyumanmu buat hati ini cair bila melihatnya.

Biarlah orang nak kutuk,kecam apa saja tentang nama awak. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu sayang. Moga kelak, menjadi anak yang solehah,dilimpahi rezeki, diberi kesihatan yang baik dan akan disegani suatu hari nanti.Amin

Buat adindaku,

Bertabahlah, ini semua hanya sementara sahaja.
Tidak perlu hiraukan apa komen-komen negatif dari netizen.Anggap ini semua ujian dan kritikan yang membina. Berbanggalah, memiliki anak bertuah ini!..

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Yang orang lain dok sibuk kalut nak susah hati satgi nak sekolah payah nak tulislah,masa nak nikah bakal suami susah nak sebut nama laa,itu ini laa..Padiaa hampa ni semua???…

Dah tentulah nama dia sendiri,dia boleh hafal kot.

Doa yang elok-elok sudah,itu yang terbaik😊

***Biarlah apapun netizen diluar sana nak kecam atau nak kata apa-apa yang negatif, depa pun ada anak,esok kena balik kat depa kot dengan cara lain.😅

Bagi aku nama penuh Aura sangat unik dan tercatat dalam sejarah negara kita, Malaysia.

Nama kau hadoooo???😅 – Fina Arifin

-TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version