“Khazanah Nasional boleh labur projek kereta nasional 3.0!” – Tun Dr Mahathir.

KUALA LUMPUR 5 Okt: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tidak menjadi kesalahan buat Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) termasuk anak syarikatnya, SilTerra Malaysia Sdn Bhd (SilTerra) terbabit dalam projek kereta nasional ketiga.

Berita Harian memetik Perdana Menteri sebagai  berkata, jika Khazanah berminat, mereka dialu-alukan untuk melabur dalam projek itu.

“SilTerra buat mikrocip yang diguna pakai oleh motokar, kapal terbang dan roket. Semua mikrocip daripada SilTerra.

“Lagipun, Khazanah bukan kerajaan tetapi ia adalah syarikat. Jadi entiti itu bebas untuk menjalankan perniagaan,” – Tun Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di bangunan Albukhary, di sini, hari ini.

43097365_1118937751607061_1992125738781769728_n.jpg
Lakaran artis

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan dibangkitkan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang mendedahkan SilTerra akan menggunakan dana awam untuk melabur dalam projek kereta nasional ketiga.

SilTerra merupakan anak syarikat yang mengalami kerugian kedua terbesar untuk Khazanah- Rm7.3 billion untuk 10 tahun – Wee Ka Siong

Wee Ka Siong mendakwa Silterra, dimulakan oleh Tun  Dr Mahathir Mohamad ketika penggal pertamanya sebagai perdana menteri, adalah milik sepenuhnya badan pelaburan induk Khazanah Nasional. Manakala CTRM pula tambah beliau, adalah anak syarikat DRB- Hicom yang dimiliki oleh  Syed Mokhtar.

“Silterra merupakan syarikat yang mengalami kerugian kedua terbesar untuk Khazanah. Kerugian terkumpul Silterra berjumlah RM7.3 billion untuk 10 tahun sehingga 2011, kebanyakkannya dibiayai oleh Khazanah.

CTRM  pula dilihat  merujuk kepada Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd. Jika ianya benar, CTRM adalah anak syarikat kumpulan DRB-Hicom yang dimiliki oleh taikun Syed Mokhtar, sama juga seperti Proton Bhd.

Dalam tahun kebelakangan, Proton telah diselamatkan (bail out) oleh kerajaan mencecah RM2.7  billion dalam bentuk pinjaman mudah dan geran.   – Wee Ka Siong

Sebelum ini, sebuah portal automotif tempatan, Paultan, syarikat yang bakal terbabit dalam projek kereta nasional 3.0 itu antara yang disebut-sebut adalah SilTerra.

Syarikat berkenaan yang berpusat di Taman Teknologi Kulim, Kedah menghasilkan cip semikonduktor yang digunakan pada produk Apple.

Kata laporan itu, sebuah lagi syarikat turut disebut ialah Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) berpusat di Johor, yang berkepakaran dalam penghasilan material komposit.

Projek kereta nasional 3.0 diumumkan Dr Mahathir dan kerajaan sedia melancarkan projek itu menjelang 2020.

Tun lantik diri sendiri sebagai pengerusi Khazanah Nasional

Untuk rekod, Tun Dr Mahathir melantik diri beliau sendiri sebagai pengerusi Khazanah Nasional dan 4 ahli lembaga pengarah lain termasuk Azmin Ali pada 30 julai lepas  selepas ahli lembaga pengarah terdahulu meletak jawatan secara beramai-ramai.

TTKM melalui Mia Jalipah pada 2 bulan lepas turut menjangkakan Khazanah akan melabur dalam projek kereta nasional ketiga:

“Pengerusi khazanah, Tun Det. 

Perdana Menteri, Tun Det.

Bila perdana menteri, Tun Det mahu projek kereta nasional ketiga, beliau sudah tentu mahu Khazanah melabur kepada projek tersebut, bukan?

Maka Tun Det minta kepada Tun Det.

Tun Det kata “Nanti dulu, aku bincang dengan Perdana menteri dulu, Tun Det!?”

Setelah Tun Det, Berbincang dengan Tun Det, luluslah wang rakyat untuk projek kereta nasional ketiga Tun Det?” – Mia Jalipah

-TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.