Parti komponen PH berdepan krisis kewangan kritikal- Tun

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir mengakui parti komponen Pakatan Harapan (PH) kini berdepan krisis kewangan yang kritikal untuk menguruskan perjalanan parti, menurut laporan Berita Harian. 

Pada masa sama, Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH berkata, pakatan itu masih buntu mencari formula terbaik bagaimana parti hendak mendapatkan dana politik bagi membiayai urusan perjalanan parti tanpa wujud elemen rasuah.

Katanya, konflik yang timbul dalam parti PH hari ini ialah apabila parti memerlukan dana untuk membiayai parti tanpa memerlukan bantuan kewangan daripada mana-mana pihak bagi mengelak elemen rasuah.

Beliau kemudian memberi contoh di negara Jerman di mana kerajaan di sana memberikan peruntukan kepada parti politik.

“Krisis kewangan parti komponen PH ketika ini sangat kritikal. Kita adalah parti berasaskan orang ramai. Kami ada ramai ahli di seluruh negara. Mereka berkempen untuk kami.

“Tetapi tidak semua yang sukarela, ada yang perlu dibayar. Dalam perhimpunan misalnya, nasi lemak perlu dibayar. Kadang-kadang wakil rakyat dan menteri belanja tapi sekarang parti tidak ada duit.

“Namun mesyuarat hari ini, kami gagal mencari penyelesaian untuk mendapat wang bagi menguruskan parti tetapi hakikatnya parti politik perlu kepada kewangan.

“Kita akan kaji bagaimana parti boleh berfungsi tanpa bantuan mana-mana pihak. Ada cadangan kita mengikuti Jerman yang kerajaan memberi peruntukan kepada parti politik supaya tidak memerlukan derma daripada orang ramai,” – Tun Dr Mahathir

Menjelas lanjut, Dr Mahathir berkata, jika PH menerima pakai amalan di Jerman yang mana kerajaan memberi peruntukan kepada parti, ia mungkin mencukupi bagi semua parti.

“Namun mungkin semua orang selepas ini akan tubuhkan parti politik supaya dapat wang. Ini semua kena kaji supaya tidak timbul korupsi,”  – Tun Dr Mahathir

Beliau turut memberi contoh kerajaan baru-baru ini menolak derma berjumlah RM100 juta kepada Tabung Harapan Negara kerana pemberi mempunyai hajat lain daripada kerajaan.

Walaubagaimanapun, cadangan ini dikritik oleh sesetengah pihak dimana kerana  kerajaan sebelum ini sering mendakwa terbeban dengan hutang yang tinggi.

“Bukan main gebang tanpa henti hutang negara cecah trilion, sekarang mahu pula kerajaan salur wang kepada parti politik? Ketomatololan apakah ini?” – Kata seorang pengkritik yang cuma mahu dikenali sebagai Joe Jimbet

Sementara itu,  menurut laman facebook kementerian kewangan, sumbangan derma yang disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia kini hampir mencecah RM200 juta.

43110236_10156115597198547_3626301558720823296_o.jpg

Menteri kewangan, Lim guan Eng sebelum ini berkata wang tersebut akan hanya digunakan untuk membayar hutang kerajaan.

“Kita tidak akan menggunakannya bagi tujuan lain, ini memang tidak dibenarkan. Jika jumlah tabung itu tidak cukup (untuk membayar hutang), kerajaan akan menambah jumlah selebihnya.” – Lim Guan Eng.

– TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.