“Saya akan tunaikan janji (serah kuasa kepada Anwar)..Rompak wang negara lebih serius dari liwat” – PM

Tun Dr Mahathir berkata di antara liwat dan merompak wang negara, perkara yang lebih serius adalah merompak. Oleh yang demikian,  beliau akan tunaikan janji untuk  menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim pada 2020.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama 4 News.

Berikut merupakan petikan wawancara yang disedikan oleh unit terjemahan TTKM:

Wartawan : Adakah anda akan tunaikan janji untuk serahkan kuasa pada 2020 kepada Anwar Ibrahim?

Tun Dr Mahathir : Ya. Saya telah membuat janji. Jadi saya akan tunaikan janji. 

Wartawan : Jadi anda akan serahkan kuasa pada 2020?

Tun Dr Mahathir : Ya. Saya akan (serahkan.)

Wartawan : Kerana pada masa lepas, anda mengatakan perkara yang agak panas, seperti anda berkata anda tidak boleh menerima seorang peliwat sebagai ketua negara. Dan sudah tentu, Anwar Ibrahim telah dituduh sebagai peliwat walaupun beliau mengatakan tidak bersalah. 

Tun Dr Mahathir : Di antara liwat dan merompak beberapa bilion wang negara, saya fikir merompak beberapa bilion ringgit itu lebih serius

Anwar menghadapi dua tuduhan liwat, kali pertama sewaktu  pemerintahan Tun Dr Mahathir sebagai PM ke 4 dan kali kedua sewaktu pemerintahan Najib sebagai PM ke 6.

Selepas Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir memenangi PRU ke 14 , Anwar Ibrahim diberi pengampunan diraja dan dibebaskan dari penjara.

Anwar kini merupakan calon Pakatan Harapan untuk pilihanraya kecil Port Dickson yang dijadualkan minggu hadapan, satu usaha beliau untuk kembali ke dewan rakyat seterusnya menjadi perdana menteri ke 8.

Beliau turut dilihat bersalaman dengan Saiful Bukhari, calon bebas  ketika hari penamaan calon.  Saiful sebelum ini mendakwa beliau  diliwat oleh Anwar,

Beberapa hari lepas, Tun Dr Mahathir mendakwa tidak pernah meminta maaf kepada Anwar berhubung tuduhan liwat yang dilemparkan pada 1998 yang membawa kepada pemecatan Anwar Ibrahim dan tercetusnya gerakan reformasi.

Gerakan reformasi pada ketika itu bertujuan untuk mendesak Tun Dr Mahathir yang juga dikenali sebagai Madey untuk meletak jawatan, kini bertukar kepada gerakan ReforMadey setelah Mahathir pula dilantik menjadi perdana menteri ke 7. -TTKM-

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.