Campak sikit lagu India, goyang sikit , dapatlah undi India?

Oleh : Kiridaren Jayakumar

MARUTHUR GOPALAN RAMACHANDRAN ATAU MGR adalah seorang artis lagenda dan juga menjadi seorang ahli politik yang lagenda di India yang sangat membantu masyarakat, mesej filem dia semuanya melawan yang menindas dan menolong yang tertindas.

Saya adalah salah satu peminat tegar MGR, disebabkan oleh ayah saya juga merupakan peminatnya. Memang legend giler MGR ini sampai sekarang pun saya rasa semacam apabila ceritakan pasalnya. Sebelum ada Rajinikanth, dialah lagenda filem Tamil..

Rasa marah juga apabila Anwar ini dibuat seperti menjadi MGR, dan orang India pula tidak sedar diri.

Adalah agak sedih sandiwara politik negara kita masih sebegini, hanya sebab penduduk PD kebanyakan 55% adalah orang India, rasa sedikit marah dan malu dengan orang yang sanggup membuat apa sahaja untuk parti dan ahli politik mereka!

Dulu, inilah salah satu cara dilakukan oleh MIC untuk Najib dan BN. Kenapa masih tidak ubah pemikiran kolot seperti ini ? Kenapa BN dan Najib buat seperti ini , orang ramai marah bukan main, tetapi apabila PH dan Anwar buat, semua senyap?

Berapa lama lagi masyarakat mampu berseronok  melihat gelagat bodoh ahli politaik politikus ini ?

Masyarakat sebenarnya yang tidak sedar apakah tanggungjawab mereka dan apakah prinsip mereka dalam amalan demokrasi negara.

Campak sikit lagu India, goyang sikit , dapatlah undi India.

Campak sikit lagu Cina, menari sikit, dapatlah undi Cina.

Campak sikit lagu Melayu, joget sikit, dapatlah undi Melayu.

Inilah negara kita dan masyarakatnya yang tidak akan berubah dan sanggup dijadikan kambing biri-biri. – TTKM –


 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: