Hishammuddin nafi Putrajaya minta bantuan beliau pulihkan hubungan dengan Riyadh

Bekas menteri pertahanan dan menteri tugas-tugas khas Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata dakwaan laporan sebuah portal ( The Malaysian Insight) berkenaan kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) meminta bantuannya untuk memulihkan semula hubungan Malaysia dengan Arab Saudi adalah tidak tepat.

“Tiada pun. Laporan itu memang tidak tepat. Setahu saya hubungan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan Putrajaya dengan semua negara-negara Timur Tengah termasuk Arab Saudi adalah baik,” – Hishammuddin Tun Hussein

Beliau berkata demikian kepada agensi berita Bernama. 

Portal The Malaysian Insight yang memetik sumber melaporkan, hubungan itu terjejas kerana beberapa tindakan kerajaan HARAPAN membatalkan keputusan pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan hubungan Kuala Lumpur dengan Riyadh.

Hishammuddin berkata beliau tidak melihat hubungan Kuala Lumpur-Riyadh mempunyai masalah seperti dilaporkan portal terbabit.

“Saya tengok biasa sahaja. Cuma need a bit of time untuk kerajaan baharu settle down dengan negara-negara berkenaan. Insya Allah it should be ok. Yang penting apa jua hubungan mesti memanfaatkan negara dan rakyat kita,” –  Hishammuddin Tun Hussein

-TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version