Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini Islam tidak mengajar penganutnya untuk menceroboh ruang peribadi orang lain atas nama mencegah maksiat, lapor Malaysiakini.
“Islam tak suruh kita pergi cari (dosa) orang, nak cari salah saja, tak suruh.
“Sampai nak panjat masuk dalam rumah orang apa semua, itu bukan Islam,” -Mahathir.
Mahathir memberitahu pemberita selepas menyampaikan ucapan di suatu persidangan di ibu negara hari ini.
Kes liwat 1 Anwar, Tun temuramah sendiri mangsa.
Walaubagaimanapun, TTKM mendapati Mahathir juga mencari salah Anwar ketika dakwaan kes liwat 1 pada 1998. Malah, beliau sendiri menemuramah Azizan, yang mendakwa diliwat Anwar. Mahathir kemudiannya menulis hal tersebut secara terperinci dalam memoir beliau, Doktor Umum.
“Menurut polis, Anwar meliwat Azizan beberapa kali, jadi saya bertanya kepada Azizan mengenai segala dakwaan itu. Sememangnya dia berasa amat takut kerana Anwar ketika itu Timbalan Perdana Menteri.Disebabkan itu mesyuarat di antara kami mendapati dirinya begitu takut dan tidak keruan.Azizan memberitahu segala-gala secara terperinci tentang kejadian itu.Dia berkata dia amat takut kerana Anwar seorang yang begitu berkuasa dan boleh memberikannya masalah besar. Itulah sebabnya dia mengaku tidak berani melawan.”- Tun Dr Mahathir, Memoir : Doktor Umum
Dalam wawancara dengan The Star semalam, Mujahid membayangkan akan mengakhiri operasi serbuan oleh pihak berkuasa agama bagi menyiasat laporan khalwat atau maksiat lain yang dilakukan secara tertutup.
Islam tak zalim
Ditanya penekanan Mujahid mengenai Islam yang membawa rahmat ke seluruh alam itu, perdana menteri menjelaskan ia tergantung kepada taksiran seseorang dan Islam bukanlah suatu agama yang kejam.
“Islam tak zalim. Islam bukan soal potong tangan. Bukan itu.
“Terdapat banyak cara hukuman yang lebih ringan tetapi orang-orang ini mahu mengganggu orang lain, hendak potong tangan orang, penggal kepala, itu bukan Islam namanya,” – Mahathir
Beliau turut berkata dalam Islam tidak mudah untuk mengambil nyawa seseorang.
“Hak kita sebagai manusia memang agama mengambil berat tentang nyawa seseorang, bukan mudah hendak bunuh orang, potong kepala kerana perbuatan itu membunuh orang dan Islam melarang membunuh orang lain,” – Mahathir
Pentadbiran mengenai hal ehwal agama islam termasuklah operasi anti khalwat terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa negeri masing-masing.
Mujahid, dipetik wawancara The Star juga berkata beliau sedang cuba meyakinkan agensi-agensi supaya melaksanakan dasar Islam Putrajaya yang membawa rahmat ke seluruh alam. -TTKM-