Pemilihan PKR : “Saya menang di Kelantan dan Terengganu!” – Rafizi

Oleh : Rafizi Ramli

Terima kasih kepada sahabat-sahabat di Kelantan dan Terengganu yang membantu berkempen dan mengundi saya pada hari ini.

Saya menang di kedua-dua buah negeri. Saya juga terharu kerana dokongan dari cabang-cabang itu cukup jelas.

Mengikut keputusan tidak rasmi setakat ini, saya menang 7 dari 8 cabang di Terengganu dan menang 9 dari 14 cabang di Kelantan.

Ini meneruskan trend di Penang dan Johor yang meletakkan saya di hadapan dari segi jumlah cabang-cabang yang menyokong dan mengundi saya, walaupun beza undi keseluruhan itu sangat rapat.

Perbezaan undi saya dan saingan Sdr Azmin hanyalah 177 undi dari lebih 28,000 anggota yang telah mengundi di 4 buah negeri; iaitu perbezaan 0.6% sahaja.

Saya berharap sahabat-sahabat di Pahang (mengundi esok) dan Wilayah Persekutuan (mengundi lusa) akan menggandakan usaha meyakinkan anggota memilih calon-calon yang mengangkat idealisme perjuangan #reformasi20tahun.

Maka, keputusan (tanpa undi ragu) adalah seperti berikut setakat ini:

Kelantan: RR (5,211) AA (4,922)
Terengganu: RR (1,506) AA (1,269)

Keseluruhan 4 negeri (Penang, Johor, Kelantan, Terengganu):

Jumlah undi: AA (50.2%) RR (49.6%)
Jumlah cabang: AA (43%) RR (57%)

-TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.