PENYEBAR SURAT PELANTIKAN SAYA AKAN DISIASAT!

BANDAR BAHARU 7 OKT: Siasatan dalaman akan dijalankan berhubung penyebaran surat pelantikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, sebagai Pengerusi Bersama Jemaah Pengarah, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang tular di media sosial, menurut laporan Berita Harian. 

Mukhriz berkata, beliau sendiri akan menjalankan siasatan dalaman untuk mengetahui pihak mana yang terbabit dalam penyebaran surat pelantikan itu kerana terdapat perlanggaran dalam prosedur operasi standard (SOP) di pejabat.

“Saya berasa tidak puas hati kenapa surat itu boleh tersebar luas, bukan hendak menyembunyikan apa-apa tetapi nampak seperti ada perlanggaran SOP.

“Saya akan siasat sendiri perkara ini di peringkat dalaman pejabat dan perkara ini adalah sesuatu yang tidak boleh berlaku dan diharap perkara ini tidak akan berlaku lagi pada masa depan.
“Jika kami tahu siapa yang membocorkan surat terbabit maka tindakan segera akan diambil terhadap pelakunya,” – Mukhriz Mahathir

Beliau berkata demikian  kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan program Jamuan Amal Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Zainuddin, di Serdang, semalam.

Sebelum ini, surat pelantikan tersebut tular di media sosial,  ditandatangani Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bertarikh 20 September 2018.

Antara lain, surat berkenaan memaklumkan Mukhriz dilantik sebagai Pengerusi Bersama Jemaah Lada berkuat kuasa mulai 11 Mei 2018 sehingga selagi mana memegang jawatan Menteri Besar Kedah dan ucapan tahniah.

“Sukacita saya melantik YAB Dato’ Seri sebagai Pengerusi Bersama Jemaah Pengarah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berkuat kuasa mulai 11 Mei 2018 sehingga selagi mana memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah. Saya mengucapkan tahniah di atas pelantikan ini dan saya percaya YAB Dato’ Seri akan dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang untuk kemajuan LADA dan Pulau Langkawi.”

– -Tun Dr Mahathir

Mengulas lanjut berkenaan surat terbabit, Muhkriz berkata pelantikannya adalah berdasarkan jawatan yang dipegangnya sekarang dan bukan kerana dirinya anak perdana menteri.

“Sebelum ini saya pernah dilantik jawatan yang sama ketika menjadi menteri besar dan ketika itu tiada masalah yang timbul.

“Orang ramai perlu faham bukan semua perkara atau perlembagaan perlu didedahkan kepada umum dan pelantikan ini berjalan sejak LADA ditubuhkan dahulu iaitu menteri besar adalah pengerusi bersama serta seorang pegawai dari Kementerian Kewangan yang dilantik oleh perdana menteri,” – Mukhriz Mahathir,

TTKM meneliti perlembagaan LADA dan mengesahkan bahawa jawatan pengerusi bersama mestilah salah  seorang darinya adalah menteri besar kedah sendiri.

0968ce44-9074-4c9c-ae83-0c7500e7508f.jpg
Perlembagaan LADA mengenai dua Pengerusi Bersama: Salah seorang mestilah Menteri besar, dan seorang lagi dilantik oleh Perdana Menteri.

Walaupun ia jelas diperuntukkan oleh perlembagaan LADA,  ini tidak menghalang netizen dari menjadikan hal tersebut sebagai bahan jenaka kerana  kerana Perdana Menteri dan Menteri Besar adalah merupakan bapak dan anak.

Mereka mengajuk  hal tersebut dengan meniru skrip Mat Sabu ketika kempen PRU14  lepas. -TTKM-

lawak.jpg


Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan berita bebas dengan membuat sumbangan ke akaun:

No akaun : 8603355994   (  Bank : CIMB Bank ) 

atau melalui Billplz di sini 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.