Kuala Lumpur, 7 OKT: Setiausaha Akhbar kepada Menteri Hal Ehwal Islam, Siti Zulaikha Zulkifli mendesak akhbar The Star memohon maaf kerana didakwa menyiarkan kenyataan Datuk Mujahid Yusof Rawa di luar konteks sehingga tercetusnya perdebatan awam dan memberi impak negatif kepada menteri tersebut.
Zulaikha berkata demikian dalam satu kenyataan yang dinaikkan di laman facebook Dr Mujahid sebentar tadi.
Zulaikha juga memberi amaran ‘tindakan lebih tegas” akan diambil sekiranya permohonan maaf tidak diterima dalam masa 24 jam.
“Saya amat menghormati kebebasan media, namun ini tidak bermakna pihak media boleh menulis berita di luar konteks sehingga tercetusnya perdebatan awam dan memberi impak negatif kepada menteri.
“Saya menggesa pihak The Star memohon maaf secara terbuka kerana menulis laporan yang salah sehingga menyebabkan kekeliruan dan permohonan maaf itu perlu disiarkan di akhbar berkenaan serta di portal mereka.
“Sekiranya perkara ini tidak dibuat dalam masa 24 jam, tindakan lebih tegas akan diambil,” – Siti Zulaikha Zulkifli
Pegawai menteri itu memetik tajuk berita The Star yang memaparkan wawancara dengan Mujahid yang disiarkan semalam.
Beliau juga mempertikaikan perenggan pertama laporan itu di mana Zulaikha berkata, Dr Mujahid tidak pernah menuturkan kata-kata demikian dan mendakwa ia ditulis berdasarkan interpretasi wartawan media tersebut semata-mata.
Perenggan pertama laporan tersebut berbunyi seperti berikut:
No more knocks on the door in the middle of the night and no more breaking down of doors by the religious authorities investigating reports of khalwat or other alleged wrongdoings. (Tiada lagi ketukan pintu di tengah malam hari dan tiada lagi pintu yang dipecahkan oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan khalwat dan dakwaan kesalahan lain.)

Berita terdahulu : “Kepala tajuk laporan The Star tidak keluar dari mulut saya!” – Dr Mujahid
Berikut kami siarkan kenyataan penuh setiausaha akhbar menteri terbabit:
KENYATAAN MEDIA
Berhubung laporan akhbar The Star yang bertajuk ‘No More Moral Policing’ serta versi online ‘No more night khalwat raids or intrusion into Muslims private lives says Mujahid’
Ingin saya tegaskan bahawa tiada langsung dalam temubual Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Dato’ Dr Mujahid Yusof bersama media berkenaan yang disiarkan pada 6 Oktober 2018 mengeluarkan kenyataan seperti tajuk yang ditulis akhbar berbahasa Inggeris berkenaan.
Malah, selepas penelitian dibuat, saya juga mendapati YB Menteri langsung tidak menyebut perkataan seperti yang ditulis dalam berita berkenaan pada perenggan pertama iaitu:
No more knocks on the door in the middle of the night and no more breaking down of doors by the religious authorities investigating reports of khalwat or other alleged wrongdoings.
(https://www.thestar.com.my/…/putting-compassion-into-prac…/…).
Bersama ini juga ialah link transkrip soal jawab The Star bersama Dato’ Dr Mujahid:
https://www.facebook.com/DrMujahidYusofRawa/posts/1946001542105336?__tn__=K-R
Ekoran tajuk yang disensasikan serta perenggan pertama yang ditulis berdasarkan interpretasi wartawan media tersebut, berita ini menjadi viral hingga menyebabkan salah faham terutamanya terhadap umat Islam di negara ini.
Saya amat menghormati kebebasan media, namun ini tidak bermakna pihak media boleh menulis berita di luar konteks sehingga tercetusnya perdebatan awam dan memberi impak negatif kepada YB Menteri.
Sehubungan itu, selepas menerima pandangan dan nasihat daripada pelbagai pihak, saya menggesa pihak The Star memohon maaf secara terbuka kerana menulis laporan yang salah sehingga menyebabkan kekeliruan dan permohonan maaf itu perlu disiarkan di akhbar berkenaan serta di portal mereka.
Sekiranya perkara ini tidak dibuat dalam masa 24 jam, tindakan lebih tegas akan diambil.
Siti Zulaikha Zulkifli
Setiausaha Akhbar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)Dikeluarkan pada 7 Oktober 2018 (Ahad)
-TTKM-
Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan berita bebas dengan membuat sumbangan ke akaun:
No akaun : 8603355994 ( Bank : CIMB Bank )
atau melalui Billplz di sini
2 Comments