“ZURAIDA SALAH GUNA KUASA MENTERI ARAH JPP!”- FUZIAH SALLEH

Bandar Tun Razak, 7 OKT: Calon ketua wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh, mendakwa Zuraida Kamaruddin menyalahguna kuasa beliau sebagai menteri dengan memberi arahan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang mengadakan pemilihan parti di  Bandar Tun Razak sebentar tadi.

Fuziah yang juga merupakan timbalan menteri agama Di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian dalam satu hantaran yang dinaikkan di laman facebook beliau.

“Dalam mana-mana pusat mengundi pemilihan parti, Menteri kena sedar dia tidak boleh salah guna kuasa sebagai Menteri untuk arah JPP ikut suka dia.

Sebab dalam pemilihan parti, status kita sama saja sebagai calon.
JPP- Jawatankuasa Pemilihan Parti itu (umpama) merupakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kita patut hormat keapda arahan mereka. – Fuziah Salleh

Beliau turut mengepilkan sekeping gambar yang menunjukkan Zuraida dari bahagian belakang berjalan di dalam dewan sewaktu pemilihan berlaku.

Gambar dari facebook Fuziah Salleh

Netizen kecam Zuraida

Di bahagian komen hantaran tersebut, rata-rata netizen mengecam Zuraida.

Majid Yahya Jadi menteri dah,,,tapi hal2 basic parti pon x fasih…atau sengaja nk langgar….erm

Muhammad Seriously mmg lansung xngam zuraida ni jd menteri or org tggi negara.. Benda paling basic, p sg bangga tgk ibs.. Padahal dlm negara pn da lama gna… 

Reformasi Reformasi JPP perlu mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas Zuraida.Selaku calon yang turut bertanding Zuraida tidak sepatutnya memasuki kawasan yang larangan.

Lois Hendrykee Ni bukan kwsan larangan ke? Klau kwsan larangan ambik tindakan… Jangan bagi muka

Rogayah Bakar Dlm parti pon bertelagah sesamasendiri
Mcm nak tadbir negara

Untuk pemilihan PKR kali ini, Zuraida yang juga merupakan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan,  adalah calon untuk Naib Presiden dan dikatakan merupakan kem Azmin Ali yang disebut sebagai kartel, manakala Fuziah pula adalah dari kem Rafizi Ramli yang menggelarkan diri mereka sebagai #Reformasi20tahun.

Azmin dan Rafizi berentap untuk jawatan Timbalan Presiden PKR, dalam pemilihan yang paling sengit sejak penubuhan parti tersebut.

Setakat semalam, Azmin hanya mendahului Rafizi secara keseluruhan sebanyak 92 undi.- TTKM-

 

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=959246204268949&set=a.119059138287664&type=3&theater



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: