Kontrak MRT2 ditamatkan MOF: 20 000 hilang pekerjaan serta merta, dakwa MMC-Gamuda

Petaling Jaya, 8 OKT: MMC- Gamuda hari ini mendakwa 20, 000 pekerja kehilangan mata pencarian serta merta apabila kontrak projek bawah tanah MRT2 ditamatkan oleh kementerian kewangan.

Projek tersebut, menurut kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, melibatkan rantaian pembekalan lebih 600 syarikat.

Dari 20, 000 pekerja tersebut, 3000 melibatkan pekerja usaha sama MMC-Gamuda dimana 60% adalah bumiputera.

“Hal ini akan menyebabkan kesulitan kepada sejumlah besar tenaga kerja mahir Malaysia dalam keadaan pasaran kerja yang lembap kini.

“Di samping itu, semakan semula Kementerian Kewangan (MOF) itu membuatkan hanya kontraktor asing saja yang layak mendapat kontrak kecuali MOF menurunkan paras kelayakan mereka.

“Firma asing yang akan dianugerahkan kontrak ini bakal membawa dan menggunakan tenaga kerja mahir mereka sendiri (dari negara asal firma yang dianugerahkan itu),” 

MMC Gamuda berkata, pihaknya juga masih belum menerima sebarang komunikasi atau pemberitahuan daripada MRT Corp.

“Tidak ada pengesahan rasmi dari MRT Corp bahawa MMC Gamuda telah ditamatkan sebagai kontraktor bawah tanah bagi projek MRT2,”

MMC Gamuda juga katanya, terbuka untuk bekerjasama dengan Kementerian Kewangan (MOF) bagi membincangkan langkah yang perlu diambil kedua-dua pihak untuk projek Transit Aliran Massa Laluan 2 (MRT2).

Katanya, langkah kerajaan untuk mengurangkan kos perbelanjaan projek MRT2 bernilai hampir AS$14 billion (RM58.13 bilion) menyebabkan terdapat jurang perbelanjaan yang menggusarkan.

“Persepsi kami mengenai jurang kos terkini ialah jumlah yang mana tidak boleh dibina. MMC Gamuda percaya bahawa matlamat mengurangkan kos oleh MOF perlu dilakukan selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan berbanding mengakhiri kontrak dan melonggarkan semula baki kerja bawah tanah.

“Walaupun MOF sudah menyatakan pengurangan yang ditawarkan sebanyak RM2.3 bilion masih tidak mencukupi, tetapi sehingga hari ini mereka (MOF) masih tidak memberikan sasaran kos pengurangan yang dimahukan.

“Jika angka sasaran dibuat bersama, kedua pihak akan mendapat lebih gambaran mengenai penjimatan yang boleh diambil dan mengurangkan perbezaan kos. Selain itu, perlantikan firma perunding kejuruteraan antarabangsa seperti yang dicadangkan oleh MMC Gamuda akan sangat memudahkan pelaksanaan ini,”

Kenyataan itu berkata, MMC Gamuda pada 8 Ogos 2018, 21 Ogos 2018 dan 24 September 2018 juga sudah menggesa MOF melantik firma perunding kejuruteraan antarabangsa dengan pengalaman yang relevan dalam menjalankan kajian objektif segala keperluan kejuruteraan dan teknikal.

MMC Gamuda berkata, MOF percaya pihaknya dapat menawarkan pengurangan kos lebih banyak bagi kerja-kerja bawah tanah selepas disemak oleh firma perunding kejuruteraan tempatan yang dilantik MOF.

“Sebahagian besar daripada laporan semakan semula itu disangkal oleh MMC Gamuda atas alasan teknikal sebagai terlalu ringkas dan kekurangan pengalaman yang relevan.

“Ironinya, MRT Corp yang mempunyai pakar teknikal yang berpengalaman juga mengeluarkan laporannya sendiri mengenai cadangan firma perundingan tersebut pada 27 Ogos 2018, yang membawa pandangan serupa dengan MMC Gamuda,”

Saham Gamuda Bhd hari ini mencatat penyusutan harga tertinggi manakala MMC Corp merosot ke paras terendahnya dalam tempoh sembilan tahun, sebelum digantung urus niaga.

MRT2, dirancang untuk menghubungkan Putrajaya ke Sungai Buloh, pada mulanya dianggarkan bernilai RM28 bilion, tetapi bajet pembinaannya meningkat kepada RM56.93 bilion. Ia diikuti rancangan untuk melanjutkan laluan ke Bandar Malaysia, yang mana kerajaan sebelum ini bercadang untuk menjadikan sebagai lokasi pembangunan hab pengangkutan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini menyatakan, kerajaan bertegas untuk memperoleh nilai yang lebih baik bagi perbelanjaan awam, terutama apabila membabitkan pinjaman dengan jumlah yang besar kerana mendakwa hutang kerajaan mencecah 1 trilion ringgit.

Berikut merupakan kenyataan penuh:

1234

 

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.