“Naik kereta rasmi menteri pertahanan kerana mahu bercakap dan tiada masa!” – Anwar Ibrahim.

Port Dickson, 8 OKT: Calon Pakatan Harapan untuk pilihanraya kecil Port Dickson berkata beliau menaiki kereta rasmi menteri pertahanan, Mat Sabu pada minggu lepas kerana mahu bercakap dengan menteri terbabit dan kesuntukan masa serta mahu menumpang, menurut laporan FMT.

“Saya mahu bercakap dengan Mat Sabu, tetapi tidak ada masa. Beliau hendak balik, jadi saya menumpang keretanya. Bila saya naik keretanya, (orang kata) tak boleh, salah. Tetapi dia tak boleh naik kereta saya juga kerana protokol tentera.Saya hanya tumpang kereta dia dari satu tempat ke tempat lain, tapi mereka kata salah. Ini tak jadi,” – Anwar Ibrahim

 

Baca berita sebelum ini : Anwar mungkir janji: Guna aset dan jentera kerajaan untuk kempen PRK PD?

Semalam pengerusi SPR mengingatkan ahli kabinet dan ahli politik yang memegang jawatan dalam kerajaan supaya tidak menggunakan masa bekerja untuk berkempen. Selain itu, SPR juga berkata aset dan fasiliti kerajaan tidak boleh digunakan untuk kempen pilihanraya.

PRK Port Dickson merupakan pilihan raya kecil keempat sejak pilihan raya umum 9 Mei, termasuk PRK Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis.

Kerusi Parlimen Port Dickson kosong setelah penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Dewan Rakyat seterusnya menjadi perdana menteri ke 8.

PRK Port Dickson menyaksikan pertandingan 7 penjuru antara Anwar dengan calon PAS Lt Kol(B) Mohd Nazari Mokhtar dan 5 calon Bebas, termasuk bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad; bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan personaliti media sosial Stevie Chan. -TTKM-.

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.