KENAPA RE-TENDER MRT2 ADALAH SATU KESILAPAN

Oleh :  Abdul Rahim Hilmi Zakariya

TURNKEY  : KENAPA RE-TENDER MRT2 ADALAH SATU KESILAPAN

Saya baru dapat tahu bahawa sebenarnya kerja kerja tunneling bagi projek MRT2 sudahpun dijalankan oleh MMC – Gamuda. 40% telah selesai dan nilai kerja siap sebenarnya sudah melebihi RM5 bilion.

43573237_2137050916344920_2179883635740508160_n.jpg

Sekarang kita cuba lihat betapa bengongnya jika projek yang sedang berjalan, mahu di open-tender semula dengan konsep turnkey kononnya mahu menjimatkan kos.

1. Pertama sekali, apabila projek ini bersifat turnkey, pembida akan mengemukakan rekabentuk dan solutions yang berbeza antara satu sama lain. Tetapi apabila kerja telahpun berjalan, maka yang berlaku hanyalah 2 keadaan:

i. Pembida terpaksa menyesuaikan rekabentuk mereka dengan kerja yang telahpun siap. Ini menyebabkan rekabentuk mereka akan menjadi lebih kurang sama dengan rekabentuk MMC- Gamuda. Dan menyebabkan pengurangan kos menjadi tidak signifikan.

ii. Pembida terpaksa mengubahsuai kerja yang telahpun siap agar rekabentuk mereka boleh digunapakai. Kos pengubahsuaian ini adalah kos tambahan. Bahasa mudah dia, buat kerja sama dua kali.

2. Masalah cut off point. Apabila kontraktor asal meninggalkan kerja dalam keadaan separuh siap, pihak klien terpaksa menilai cut off kerja yang telah dilakukan. Ini akan menjadi sangat subjektif yang mana kontraktor akan cuba menuntut bayaran semaksimum mungkin. Contohnya macam kita tanam tiang rumah. Kalau tiang rumah dah tanam tetapi belum simen, berapa peratus kerja tersebut nak dikira siap? 90%, 95%, 99%? Sangat subjektif.

Dan apabila kontraktor baru memasuki tapak, kos ini akan diback-track semula. Maknanya, ia akan menjadi kos tambahan.

Ini tanam tiang. Kalau gali lubang nak kira cut off kat mana? Bukan gali lubang tu 100% rata.

3. Masalah liabiliti. Konsep projek turnkey adalah supaya klien boleh senang lenang tak sakit kepala. Semua benda akan dijamin dan ditanggung kontraktor. Sebab itu biasanya kos projek sebegini lebih tinggi dari kos projek konvensional. Apabila kerja telahpun berjalan dan dihentikan bukan kerana salah kontraktor, siapakah yang akan menanggung liabiliti kerja kerja yang telah siap?

Kontraktor asal sudah tentu tidak mahu menanggung liabiliti tersebut kerana kerja mereka sudah tentu akan dikacau-ganggu oleh kontraktor baru. Kontraktor baru pula tidak mahu tanggung kerana itu bukan kerja mereka. Jadi yang akan berlaku adalah 2 keadaan:

i. Kerja kontraktor asal akan ditanggung liability-nya oleh pihak klien. Tetapi ia akan menyebabkan isu berbangkit ketika berlaku kerosakan setelah projek siap. Akan berlaku dispute apabila kontraktor enggan membuat pembaikian disebabkan alasan ia berlaku kerana pembinaan kontraktor asal. Jadi akhirnya pembaikian akan ditanggung oleh klien walaupun tempoh DLP (tanggungan kecacatan) belum tamat.

ii. Kerja kontraktor asal akan ditanggung oleh kontraktor baru. Tetapi kontraktor baru akan membuat pengujian dan pembaikian pada kerja kerja tersebut. Pengambilalihan liabiliti ini akan menyebabkan tuntutan tambahan kos daripada kontraktor baru disebabkan kerja pengujian dan pembaikian serta tanggungan risiko tambahan.

4. Site mobilisation dan demobilisation. Bagi kerja sebesar ini, mobilisasi tapak akan memberikan kos yang besar. Gamuda terpaksa demobilize dan kontraktor baru akan mobilize peralatan mereka. Semua ini adalah kos tambahan.

Saya bagi contoh, kos mobilisation mobile crane 100tan sahaja adalah kira kira RM30ribu sehari. Itu mobile crane tau. Sebijik. Bukan Tunnel Boring Machines (TBM) lagi. Bukan TBM ini boleh angkat pikul atas bahu.

5. Kos keuntungan dan pampasan. Apabila berlakunya keadaan mutual termination seperti ini, kontraktor asal berhak menuntut profit loss (kehilangan keuntungan). Ini adalah kos tambahan baru yang tidak sepatutnya berlaku.

Kemudian pampasan pekerja. Berdasarkan formula JTK, pampasan minimum bagi pekerja yang telah bekerja melebihi 2 tahun adalah pendapatan 30 hari bekerja (1 bulan). Jika kita anggarkan gaji purata semua pekerja adalah 4k dan jumlah pekerja adalah 20ribu, maka pampasan minimum adalah kira kira RM80juta. Ini adalah kos tambahan. Banyak? Eh, cuba hilang kerja dan hidup dengan sebulan gaji tengok sempat tak survive.

Melainkan kontraktor baru menggunapakai teknologi yang hampir sama dengan cadangan MMC – Gamuda, maka peluang untuk menyerap pekerja2 ini amat tipis kerana isu kepakaran.

Nampak kenapa tindakan menolak tawaran penjimatan MMC – Gamuda dan membuat tender terbuka turnkey ini tindakan akal kurang sihat? Jimat kot mana?

Jika nak berjimat sangat, sepatutnya lantik MMC – Gamuda sebagai perunding projek. Kekalkan rekabentuk penjimatan yang telah ditawarkan. Dan buat tender secara terbuka bagi kerja yang belum selesai.

Apa yang mabuk laut belaka ni? -TTKM-


Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan berita bebas dengan membuat sumbangan ke akaun:

No akaun : 8603355994   ( Bank : CIMB Bank) 

atau melalui Billplz di sini 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.