Kuala Lumpur 9 Okt: The Star semalam mengeluarkan kenyataan mengesali kekeliruan yang timbul dari laporan mereka yang diterbitkan di akhbar The Star dengan tajuk “Putting compassion into practice” dan “No more night khalwat raids or instrusion into Muslims’ private life, says Mujahid” di portal The Star Online, tetapi tiada permohonan maaf diberikan seperti yang diminta oleh setiausaha akhbar Dr Mujahid, Siti Zulaikha Zulkifli .
Kelmarin, Siti Zulaikha memberi amaran ‘tindakan lebih tegas” akan diambil sekiranya permohonan maaf tidak diterima dari pihak The Star dalam masa 24 jam.
“Saya menggesa pihak The Star memohon maaf secara terbuka kerana menulis laporan yang salah sehingga menyebabkan kekeliruan dan permohonan maaf itu perlu disiarkan di akhbar berkenaan serta di portal mereka.
“Sekiranya perkara ini tidak dibuat dalam masa 24 jam, tindakan lebih tegas akan diambil,” – Siti Zulaikha Zulkifli
(Baca berita sebelum ini : “THE STAR, SILA MOHON MAAF DALAM MASA 24 JAM!Jika tidak..”- SU Akhbar Mujahid
Sebaliknya, kenyataan The Star tersebut menjelaskan bahawa perenggan dan kenyataan “No more knocks on the door in the middle of the night and no more breaking down of doors by the religious authorities investigating reports of khalwat or other alleged wrongdoings.” (Tiada lagi ketukan pintu di tengah malam dan tiada lagi pintu dipecah oleh penguatkuasa agama yang menyiasat laporan khalwat atau kesalahan lain” tidak merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan ia juga bukan kenyataannya.
Menerangkan lebih lanjut, tambah kenyataan itu, perenggan tersebut adalah berdasarkan jawapan kepada soalan berikut :
“Seandainya seseorang melakukan zina di belakang pintu tertutup iaitu khalwat. Penguatkuasa anda pula boleh memecahkan pintu dan menangkap mereka. Adakah perkara ini akan berubah?”
Dan menteri menjawab :
“Saya akan memberi nasihat kepada semua agensi di bawah saya, terutamanya pegawai penguatkuasa, untuk tidak masuk campur ruang peribadi seseorang.
Isu berkaitan penguatkuasaan terhadap khalwat sering disalahgunakan- tidak semua, tetapi ada beberapa ketika ia telah dieksploitasi dan disalahguna.
Penguatkuasaan ke atas aktiviti khalwat terletak di bawah institusi kehakiman di bawah negeri, dan ia bukan di bawah kementerian saya, tetapi kami mempunyai platform di mana kita bertemu semua pengarah negeri jabatan Hal Ehwal Islam, dan berkongsi pandangan dari sudut Kerajaan Persekutuan berhubung isu ini.”
Berikut TTKM siarkan terjemahan kenyataan penuh The Star:
Pada 6 Oktober, kami menyiarkan berita di muka surat empat dalam akhbar The Star dengan tajuk “Putting compassion into practice” dan “No more night khalwat raids or instrusion into Muslims’ private life, says Mujahid” di The Star Online.
Pada perenggan pertama berita berkenaan yang menyebut “No more knocks on the door in the middle of the night and no more breaking down of doors by the religious authorities investigating reports of khalwat or other alleged wrongdoings.” (Tiada lagi ketukan pintu di tengah malam dan tiada lagi pintu dipecah oleh penguatkuasa agama yang menyiasat laporan khalwat atau kesalahan lain).
Kami ingin menjelaskan bahawa perenggan dan kenyataan tersebut tidak merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan ia juga bukan kenyataannya.
Perenggan itu berdasarkan jawapan kepada soalan: “Seandainya seseorang melakukan zina di belakang pintu tertutup iaitu khalwat. Penguatkuasa anda pula boleh memecahkan pintu dan menangkap mereka. Adakah perkara ini akan berubah?
Untuk rekod itu, menteri menjawab: “Saya akan memberi nasihat kepada semua agensi di bawah saya, terutamanya pegawai penguatkuasa, untuk tidak masuk campur ruang peribadi seseorang.
Isu berkaitan penguatkuasaan terhadap khalwat sering disalahgunakan- tidak semua, tetapi ada beberapa ketika ia telah dieksploitasi dan disalahguna.
Penguatkuasaan ke atas aktiviti khalwat terletak di bawah institusi kehakiman di bawah negeri, dan ia bukan di bawah kementerian saya, tetapi kami mempunyai platform di mana kita bertemu semua pengarah negeri jabatan Hal Ehwal Islam, dan berkongsi pandangan dari sudut Kerajaan Persekutuan berhubung isu ini.”
Kami menyesali kekeliruan yang timbul daripada laporan tersebut.
Kenyataan asal The Star dalam BI :
ON Oct 6, we ran a story on page four in The Star with the headline “Putting compassion into practice” and “No more night khalwat raids or intrusion into Muslims’ private life, says Mujahid” in The Star Online.
The first paragraph of the story says “No more knocks on the door in the middle of the night and no more breaking down of doors by the religious authorities investigating reports of khalwat or other alleged wrongdoings.”
We would like to clarify that the paragraph was not attributed to Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa and not his quote.
It was based on a reply to a question: “Let’s say someone commits adultery behind closed doors, which is khalwat. Now your officers can break down the door and arrest them. Will this change?”
For the record, the minister replied: “I would advise all agencies under me, especially the enforcement officers, to not interfere with the personal sphere.
“This issue of enforcement of what you call khalwat has been misused – not all of it, but there have been times where it has been exploited and misused.
“The enforcement of khalwat falls within the state judiciary and is not exactly under my jurisdiction, but we can have a platform where we meet all state directors of departments of Islamic affairs and share the concerns of the federal government on these issues.”
We regret the confusion which had arisen from the said report.
-TTKM-
Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan berita bebas dengan membuat sumbangan ke akaun:
No akaun : 8603355994 ( Bank : CIMB Ban )
atau melalui Billplz di sini