‘Saya sayang Mahathir umpama bapa saya!” – Anwar Ibrahim

bottle

PORT DICKSON – Calon PH di PRK Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau menyayangi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad umpama bapa, menurut laporan Sinar Harian. 

Beliau berkata demikian itu di hadapan ribuan rakyat Port Dickson dalam Ceramah Mega Mahathir – Anwar, malam tadi.

“Dalam keadaan sekarang lebih baik Tun Mahathir pimpin negara ini. Saya sebut ini dengan ikhlas.“Saya sayangkan beliau seperti bapa dan pemimpin. Sekarang, saya terima beliau adalah individu terbaik untuk memimpin Malaysia,”  – Anwar Ibrahim

Secara berseloroh, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengatakan kunjungan Dr Mahathir ke Port Dickson adalah kerana ‘semaraknya kasih yang terbekam sejak dulu’.

“Sebagai Perdana Menteri, beliau tak pernah datang kempen PRK. Bila dia datang sini, saya rasalah kasih yang terbekam dulu semarak semula.Saya tahu dia tegas walaupun nampak selalu senyum dan sikapnya juga keras. Bila dia ambil keputusan, ia selepas mengambil kira pelbagai perkara.Untuk semua itu, saya berikan penghormatan saya kepada anda Dr Mahathir,”  – Anwar Ibrahim

Tambah Anwar lagi, gandingan Mahathir – Anwar merupakan antara yang bersejarah, gandingan yang luar biasa mantapnya.

Sebelum ini Anwar sering menggelar Mahathir dengan pelbagai nama yang kurang enak dan cercaan.

Untuk rekod, gandingan yang sama berlaku 20 tahun dulu tetapi berkecai pada 1998 apabila Tun Dr Mahathir memecat Anwar atas alasan beliau tidak layak menjadi pemimpin kerana didakwa melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Malah, Tun Dr Mahathir mendakwa beliau mempunyai bukti yang terlalu kukuh mengenai hal tersebut.

Ketika itu, Tun Dr Mahahtir berkata, selama ini Anwar sengaja menonjolkan imej warak dan berpegang kepada ajaran agama, misalnya dengan menjadi imam dan berkhutbah, tetapi salah laku seks sumbang yang dilakukannya bertentangan dengan imej tersebut.

arkib.PNG
Tangkap layar laporan Utusan 1998 : http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0909&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_01.htm

Walaubagaimanapun, Tun Dr Mahathir dan Anwar melupakan persengketaan melalui Pakatan Harapan pada PRU 14 lepas. Malah Anwar juga memujuk penyokongnya untuk menerima Tun Dr Mahathir dengan mengatakan apa yang dilalui beliau cumalah ‘luka keil.

PRU ke 14 pada 9 mei lepas menyaksikan Pakatan Harapan berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang tidak pernah dikalahkan sebelum ini.

Anwar kemudian diberikan pengampunan diraja dan kini cuba kembali ke dewan rakyat seterusnya menjadi perdana menteri ke 8 melalui pilihanraya kecil Port Dickson, PRK ke tiga yang dilakukan oleh PKR untuk Anwar Ibrahim. – TTKM –


Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan berita bebas dengan membuat sumbangan ke akaun:

No akaun : 8603355994   ( Bank : CIMB Ban ) 

atau melalui Billplz di sini 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.