“KITA MUNGKIN AKAN TIMBANG SEMULA KONTRAK”- PM

KUALA LUMPUR 10 Okt: Kerajaan akan menimbang semula keputusan menamatkan MMC-Gamuda sebagai kontraktor bawah tanah untuk projek MRT2 , kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menurut laporan The Star. 

Pengumuman beliau dibuat dua hari selepas menteri kewangan, Lim Guan Eng yang berkata kabinet, sebagai langkah penjimatan, telah memutuskan untuk menamatkan kontrak MMC-Gamuda membina bahagian bawah tanah projet MRT tersebut, sambil menambah bahagian yang masih belum disiapkan akan ditender semula melalui proses tender terbuka antarabangsa.

Perdana menteri juga sedia maklum mengenai kemungkinan ramai yang kehilangan pekerjaan  akibat penamatan kontrak tersebut.

Kelmarin, MMC-Gamuda mengeluarkan kenyataan menekankan mengenai kemungkinan 20 000 pekerja akan kehilangan kerja, di mana 3000 adalah pekerja MMC-Gamuda yang turut mengandungi 60% bumiputra.

Di media sosial, kempen digerakkan oleh netizen dan pekerja MMC-GAMUDA supaya kerajaan menimbang semula pembatalan projek tersebut dengan melakukan tanda pagar #PrayForMRT2 dan #Save20000jobs.

Malah, satu petisyen bertajuk “Save 20k jobs- resume the MRT2 Project as it is!”  

yang dimulakan oleh Joyce Raj  setakat ini telah mendapat lebih 25 000 tandatangan.

petisyen.PNG
Petisyen yang dilancarkan di Change.org.

Semalam, Lim Guan Eng berkata 20, 000 pekerja yang terlibat dalam projek MRT2 tidak akan kehilangan kerja kerana mereka akan diambil semula bekerja setelah projek itu dimulakan kembali.

“Mereka (pekerja) boleh juga dari Gamuda atau dari syarikat lain. Kita tidak membatalkannya (Projek bawah tanah MRT2), tetapi kita mahukan harga yang lebih baik. Kita dapat harga yang lebih baik dengan penjimatan RM5.2 bil dari bahagian di atas tanah. Kerajaan percaya akan dapat berjimat lebih banyak untuk projek bawah tanah melalui tender terbuka.” – Lim Guan Eng.

Sementara itu, pekerja yang terlibat dengan bahagian bawah tanah projek MRT2 itu bimbang dengan masa depan mereka.

Seorang jurutera, Muadh Mohd Nazlee memberitahu Bernama bahawa MRT Corporation setakat ini tidak mengeluarkan arahan pemberhentian kerja.

“Kita tidak tahu sama ada untuk teruskan atau memberhentikan kerja. Apa yang kita tahu adalah perlu bersedia untuk berdepan sebarang kesulitan dan kami perlu mencari pekerjaan di tempat lain. (Pembatalan) itu mengejut. Pengumuman dibuat pada hari Ahad dan kini kami dibiarkan dalam gelap” – Muadh Mohd Nazlee

Menurut Muahd lagi, selain pekerja sepenuh masa, mereka yang di bawah Akademi Latihan Terowong (Tunnelling Training Academy) yang ditubuhkan oleh MMC-Gamuda untuk melatih pekerja tempatan bagi  menjalankan kerja pembinaan berkemahiran tinggi turut terkesan.

“Bayangkan jika kami bukan kontraktor utama, adakah semua kerja keras selama ini dibazirkan? “-  Muadh Mohd Nazlee

-TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.