
AYER KEROH,9 OKT. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee memberi amaran dan notis 24 jam kepada pihak yang masih terus dengan tabiat menularkan video beliau berkenaan isu penutupan jalan Taman Akasia, bahawa beliau akan menyaman mereka dalam masa terdekat.
“Saya bagi notis 24 jam kepada mereka yang viral kepada saya. Jika mereka masih terus dengan viral mereka tabiat mereka, terus nak viralkan saya, saya akan saman mereka dalam masa terdekat. Ini amaran yang saya beri kepada mereka. Kalau tak tahu di mana hujung dan pangkal, jangan cuba nak main viral dengan saya. Ok? ” – Norhizam Hassan Baktee
Beliau berkata demikian dalam satu video yang dinaikkan oleh portal berita Melaka Kini.
Norhizam yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Melaka berkata ada kewajarannya beliau bertindak sedemikian seperti dalam video yang tular itu kerana beliau berdepan dengan 20 orang yang melakukan provokasi .
“Apakah kewajarannya. Takkan saya sebagai seorang exco saya nak bersikap biadap. saya turun padang buat kerja. Saya berdepan dengan 20 orang membuat provokasi, yang menentang saya. Saya, saya adablah. Suara mereka tinggi, saya kena tinggikan suara. Itu saja. Saya tak cakap benda-benda yang kurang ajar” – Norhizam Hassan Baktee
Beliau juga mempersoalkan kenapa tidak diviralkan rakaman penuh video dan hanya memaparkan babak pertelagahan antara beliau dengan penduduk tersebut.
“Sudah ada jalan yang baik dan elok, tidak lagi berlubang dan baru diturap, kenapa tidak gunakan jalan tersebut. Saya tidak maki hamun mereka, saya cuma tinggikan suara kerana mereka yang mulakan. Jadi di mana salahnya saya. Kenapa mesti viralkan video berdurasi pendek yang hanya memaparkan pertelagahan antara saya dengan penduduk tersebut. Kenapa tidak viralkan rakaman video penuh dari mula hingga akhir supaya masyarakat tahu apa perkara sebenar,” – Norhizam Hassan Baktee
Semalam, empat klip video yang memaparkan Norhizam bersuara tinggi seolah-olah seperti samseng Kampung Dusun, bertegang urat dengan penduduk kampung dan warga emas dikecam oleh netizen. -TTKM-
Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan berita bebas dengan membuat sumbangan ke akaun:
No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank)
atau melalui Billplz di sini
Leave a Reply