Shafie lantik Joanna Sue jadi setiausaha politik beliau.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah melantik 19 setiausaha politik baru termasuk bekas ratu cantik Sabah,  Joanna Sue Henley Rampas, menurut laporan The Star. 

Beliau memberi amaran kepada mereka supaya menentang praktis korup dan berkata beliau tidak mahu mereka memikirkan tentang projek dan wang dan melupakan keperluan rakyat.

“Ia adalah kerja untuk rakyat dan jangan lupakan itu. Anda adalah jambatan dengan rakyat”. –  Mohd Shafie Apdal

Beliau menambah lagi, jika mereka dilihat memiliki kereta mewah, ia akan membayangkan prestasi mereka.

Joanna Sue dilantik sebagai setiausaha politik kepada Shafie di bawah Kementerian Kewangan negeri Sabah.

Pada PRU ke 14 lepas, Joanne bertanding di bawah Parti Warisan di kerusi DUN Kiulu tetapi tewas di tangan calon PBS, Joniston yang mendapat 4336 undi manakala beliau mendapat undi kedua terbanyak dengan 2893 undi.

kiulu.PNG
Grafik Undi.Info

 

Menurut The Coverage, Joanna mula menjadi buah mulut apabila beliau memenangi pertandingan ratu Kadazan, Unduk Ngadau 10 tahun lepas. Beliau juga merupakan graduan ijazah undang-undang dari United Kingdom.

Berikut beberapa gambar beliau : -TTKM-

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.