4 Kes Bunuh: Kecewa dengan Kit Siang, Najib buat laporan polis terhadap dirinya.

Oleh : Najib Razak

Amat mudah untuk saya lihat Lim Kit Siang secara terang berbohong begitu sahaja.

Hari ini Kit Siang keluarkan kenyataan lagi mendakwa saya yang berbohong seperti berikut:

“His latest lie was his allegation yesterday that when he agreed to the reopening of mysterious deaths, namely that of Altantunya Shaarribuu, Kevin Morais, Hussain Najadi, Teoh Beng Hock, among others, “it was Kit Siang who had then said there was no need for the cases to be probed again”. – Lim Kit Siang

Bila masa pulak saya berkata demikian?

Kit Siang berpusing pusing cuba mengelirukan penyokongnya kononnya saya menulis Kit Siang pernah berkata tiada keperluan untuk kes-kes itu disiasat lagi, walhal saya sendiri berulangkali mahukan kes itu disiasat semula memandangkan PH kini adalah kerajaan.

Kesemua kenyataan saya mencabar Kit Siang ada di laman FB ini. Tak susah sebenarnya untuk anda periksa sendiri adakah saya pernah kata Kit Siang isytihar tiada keperluan untuk membuka kes-kes ini semula.

Untuk kali kelima, saya mendesak Kit Siang untuk memenuhi apa yang dia mahu minggu lalu iaitu membuka siasatan khas untuk kesemua kes-kes ini tetapi saya rasa ini membuang masa sahaja untuk melayan dia.

Esok, saya akan meminta pembantu saya untuk membuat laporan polis terhadap saya supaya pihak polis di bawah kerajaan PH boleh menyiasat semula jika saya terlibat dalam semua kes-kes pembunuhan ini. – TTKM –

Baca artikel sebelum ini :

“Kit Siang sahkan saya bukan pembunuh Teoh Beng Hock, tapi..”- Najib Razak

Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan berita bebas dengan membuat sumbangan ke akaun:

No akaun : 8603355994   (Bank : CIMB Bank) 

atau melalui Billplz di sini 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.