Kes badut: Fahmi Reza dibebaskan, dakwaan digugurkan.

Gambar dari FB Fahmi Reza

Kuala Lumpur, 11 OKT : Pereka grafik, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 40, akhirnya dibebaskan dari pertuduhan di bawah akta SKMM kerana menaikkan penghantaran karikatur badut Najib Razak, dua tahun lepas.

Menulis di facebook beliau, Fahmi berkata pihak pendakwaraya berhasrat untuk tidak meneruskan kes tersebut dan memohon supaya pertuduhan digugurkan.

Peguam bela kemudian memohon supaya Fahmi Reza dilepaskan dari pertuduhan.

Hakim sejurus selepas itu membuat keputusan unutk membebaskan Fahmi Reza.

“Di Mahkamah KL pagi ni..

Pendakwaraya: Pihak pendakwaan tidak mahu meneruskan kes ini. Pendakwaan pohon untuk pertuduhan ditarik balik.

Peguambela: Pohon OKS Fahmi Reza dilepaskan dan dibebaskan dari

pertuduhan.

Hakim: OKS dibebaskan.”

– Fahmi Reza

Fahmi juga menambah, bahawa kemenangan beliau dalam kes ini adalah satu kemenangan untuk kebebasan berekspresi, dan kebebasan rakyat untuk mengkritik penguasa dengan seni dan satira sebagai senjata.

“Selepas lebih 2 tahun melawan pendakwaan dan perbicaraan tidak berasas ini, akhirnya aku dibebaskan dari pertuduhan bawah #AktaSakitHati berkenaan gambar muka badut Najib. The KL #clowntrial is finally over!Ini satu kemenangan untuk kebebasan berekspresi, dan kebebasan rakyat untuk mengkritik penguasa dengan seni dan satira sebagai senjata.” – Fahmi Reza

Fahmi Reza menggelar akta SKMM 1998 seksyen 233 (1) (a) yang digunakan untuk mendakwa beliau itu sebagai  Akta Sakit Hati.

Kerajaan Pakatan Harapan dalam manifesto PRU 14 lepas berjanji akan menghapuskan akta tersebut bersama akta-akta menekan kebebasan yang lain, tetapi setakat ini masih belum berbuat demikian.

Malah, baru-baru ini akta Hasutan pula digunakan ke atas seorang lelaki yang berkongsikan gambar menghina Dr Mahathir.

Semalam, Fahmi Reza menaikkan  animasi GIF  di facebook beliau menunjukkan muka hadapan manifesto pakatan Harapan dicincang melalui satu bingkai gambar  yang diilhamkan artis Bansky baru-baru ini.  -TTKM-

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.