SESI PARLIMEN KE 14 INI TIDAK BOLEH MEMANSUHKAN AKTA HASUTAN 1948.

PARLIMEN KE 14 INI TIDAK BOLEH MEMANSUHKAN AKTA HASUTAN 1948.

Oleh : Azam Aziz, Peguambela dan Peguamcara.

1. Akta Hasutan 1948 adalah satu Akta Parlimen yang istimewa kerana ia merupakan satu-satunya Akta yg di sebut di dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Akta Hasutan 1948 di gubal berdasarkan Perkara 10(4) Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa Parlimen utk membuat undang2 bagi menyekat kebebasan bersuara atas alasan menjaga ketenteraman awam dan melarang apa2 tindakan mempersoalkan apa2 perkara hak, taraf dan kedudukan agama, bangsa, bahasa Melayu dan kedaulatan Raja2 Melayu.

3. Ada 2 sebab mengapa saya katakan Parlimen ke 14 ini tidak boleh mansuhkan Akta Hasutan 1948.

4. Pertamanya, menurut perkara 159 (3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa sebarang akta yg di luluskan di bawah perkara 10 (4), iaitu Akta Hasutan TIDAK BOLEH DI PINDA tanpa undi 2/3 ahli dewan.

5. Kerajaan PH sekarang tidak memiliki undi 2/3 berkenaan.

6. Sebab kedua, perkara 159(5) Perlembagaan pula menyatakan pindaan terhadap Akta Hasutan HENDAKLAH MENDAPAT PERKENAN MAJLIS RAJA2.

7. Inilah 2 halangan yang perlu di tempuh kerajaan jika mahu menghapuskan Akta Hasutan.

8. Menurut perkara 159(6), pindaan adalah termasuk “pemansuhan”

9. Oleh itu kenyataan YAB Tun M bahawa Akta Hasutan 1948 akan terus wujud sehingga di mansuhkan adalah kenyataan yang tepat oleh seorang negarawan dan keputusan kabinet semalam untuk menghentikan penguatkuasaannya adalah keputusan yang tidak berpelembagaan kerana Kabinet tiada kuasa utk menghentikan sesuatu Akta Parlimen yg masih belum di mansuhkan.-TTKM-

(Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM-Editor)

Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus beroperasi dengan dengan membuat sumbangan ikhlas ke akaun berikut:

No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank)

atau melalui Billplz di sini

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.