Keputusan Rasmi : Anwar menang PRK Port Dickson, majoriti 23,560 undi.

Anwar meraikan kemenangannya sebagai ahli parlimen Port Dickson, gambar dari The Star.

PORT DICKSON, 13 Oktober: Datuk Seri Anwar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bang Non telah memenangi pilihanraya kecil Port Dickson dengan mojoriti besar iaitu 23,560 undi.

Berikut merupakan keputusan rasmi:

Anwar Ibrahim (Pakatan Harapan) :  31,016 undi

Mohd Nazari Mokhtar (PAS): 7,456 undi. 

Isa Samad (Bebas) :  4,230 undi

Stevie Chan : 337 undi

Lau Seck Yan: 214 undi

Kan Chee Yuen : 154 undi

Mohd Saiful Bukhari Azlan  :  82 undi

Walaupun peratusan keluar mengundi adalah rendah pada 58.25 %, majoriti  23,560 undi diperoleh oleh Anwar adalah lebih besar dari majoriti yang diperoleh oleh PKR pada PRU 14 lepas iaitu 17,710 undi.

Saiful Bukhari yang mendakwa dirinya diliwat oleh Bang Non, hilang deposit di tempat tercorot hanya memperoleh 82 undi.

Anwar dijangka akan mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen Port Dickson pada Isninn depan.

PRK Port Dickson ini dilakukan oleh PKR untuk memberi laluan kepada bakal presidennya untuk kembali semula ke dewan rakyat seterusnya menjadi perdana menteri ke 8 sekiranya janji peralihan kuasa ditepati oleh Tun Dr Mahathir. Beliau  berjanji akan menyerahkan kuasa kepada Anwar dalam dua tahun iaitu pada 2020.

Sebelum ini, calon timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa Tun Dr Mahathir mempunyai ‘rekod lidah bercabang’. -TTKM-

Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus beroperasi dengan dengan membuat sumbangan ikhlas ke akaun berikut:

No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank)

atau melalui Billplz di sini

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: