
PRK PD 13 Oktober: Keputusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan Anwar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bang Non telah memenangi pilihan raya kecil Port Dickson, manakala peratusan keluar mengundi menurut jangkaan Malaysiakini adalah 60%.
Menurut laporan The Malay Mail, setakat jam 7.30pm, Bang Non telah memperoleh 23, 884 undi, jauh kehadapan dari pencabar kedua dari PAS, Leftenan Kol (Bersara) Mohd Nazari Mokhtar yang mendapat 6,446 undi.
Anwar setakat ini mendahului sebanyak 17, 438 undi, lebih besar dari majoriti yang diperoleh ahli parlimen PKR sebelum ini yang meletak jawatan.
Manakala jangkaan bahawa mantan menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad merupakan pencabar terdekat terbukti salah apabila beliau jauh ketinggalan di tempat ketiga dengan 3,492 undi.
Sementara itu, semua calon bebas selain Isa akan kehilangan deposit kerana tidak mendapat 1/8 jumlah undi.
Calon bebas lain, Stevie Chan, mendapat tempat keempat dengan 254 undi.
diikuti dengan Lau Seck Yan, 174 undi dan Kan Chee Yuen, 127.
Manakala Mohd Saiful Bukhari yang mendakwa dirinya diliwat oleh Bang Non, adalah di tempat tercorot, hanya berjaya mendapat 81 undi.
PRK PD ini dilakukan oleh PKR untuk memberi laluan kepada bakal presidennya untuk kembali semula ke dewan rakyat seterusnya menjadi perdana menteri ke 8 sekiranya janji peralihan kuasa ditepati oleh Tun Dr Mahathir. Beliau berjanji akan menyerahkan kuasa kepada Anwar dalam dua tahun iaitu pada 2020.
Sebelum ini, calon timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa Tun Dr Mahathir mempunyai ‘rekod lidah bercabang’. -TTKM-
Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus beroperasi dengan dengan membuat sumbangan ikhlas ke akaun berikut:
No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank)
atau melalui Billplz di sini
Leave a Reply