
KUALA LUMPUR 14 Okt. – Penyanyi terkenal A.M. Salim Abdul Majeed atau lebih dikenali sebagai Saleem meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM); pukul 6.15 pagi tadi, lapor Utusan Online.
Kenyataan itu disahkan oleh anak tirinya, Iera Fakhira, 29 tahun.
Jenazaah Saleem yang ketika jni masih berada di hospital akan dibawa ke Surau As- Syakirin di Bukit Mahkota, Cheras.
Saleem atau nama sebenarnya Am Saleem Abd Majeed, 56, yang popular dengan lagu Suci Dalam Debu itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), hospital itu selepas kemalangan motosikal pada 20 September lalu.
Dalam kejadian di Kilometer (km) 16, Lebuhraya Grand Saga itu, 12 tulang rusuk Saleem patah termasuk satu daripadanya tertusuk paru-paru, menurut laporan Harian Metro.
Kemalangan berlaku pada 3.20 petang apabila Saleem yang menunggang motosikal dari arah Kajang menghala ke Cheras dilaporkan terbabit kemalangan dengan kereta dari arah laluan yang sama berhampiran Plaza Tol Batu 11, Kajang.
Ketika kejadian, pemandu kereta dilaporkan cuba membelok ke kiri untuk masuk ke susur pejabat Grand Saga di Plaza Tol Batu 11, sebelum sisi kiri bahagian hadapan keretanya dirempuh oleh motosikal Saleem.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Innalillah.-TTKM-
Leave a Reply