“Harap menteri kaji warna baju & sekolah juga” – Najib troll Maszlee.

KUALA LUMPUR 15 OKT: Menteri pendidikan, Dr Maszlee Malik hari ini ditroll oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung cadangan menteri tersebut untuk menukar warna stoking yang digunakan oleh murid sekolah.

Najib secara sinis menyifatkan Maszlee sebagai seorang yang ‘berpandangan jauh’ dan berharap  agar turut ‘mengkaji’ juga warna uniform dan bangunan sekolah. Najib berkata demikian dalam satu hantaran di laman facebook beliau.

Setakat ini, hantaran tersebut telah dikongsikan sebanyak 4,876  perkongsian ,  5.8K komen dan 23k reaksi.

“Menteri Pendidikan kita berpandangan jauh. 
Saya tidak faham mengapa ada yang mengkritik dia.
Warna kasut dan stokin sebenarnya penting dalam perkembangan dan pembentukan pelajar yang sempurna.  Sayang sekali Menteri-menteri BN dulu tidak buat kajian sedemikian. Seterusnya, diharapkan Menteri akan kaji warna baju, warna bangunan sekolah juga. Insya-Allah anak-anak kita akan mendapat manfaat sepenuhnya dan berjaya di masa depan.” – Najib Razak.

Terdahulu, portal Utusan Online melaporkan Dr Maszlee sebagai berkata isu mengenai warna stoking akan diputuskan Kementerian Pendidikan selepas perbincangan dengan pihak berkepentingan selesai.

utusan.PNG
Tangkap layar laporan Utusan Online.

Maszlee berkata perbincangan itu bagi memastikan penyelesaian terbaik untuk murid dan pelajar terlibat dapat dicapai.

Sabtu lalu, Kementerian Pendidikan mengumumkan pelaksanaan pemakaian kasut hitam bagi murid sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Malaysia hanya akan berkuat kuasa sepenuhnya mulai 2021.

 

Dr Maszlee merupakan menteri Pakatan Harapan yang paling kerap menjadi mangsa troll oleh netizen berhubung polisi beliau yang dilihat lucu dan remeh. Sebelum ini, beliau telah beberapa kali memadamkan status lama di facebook beliau apabila teruk ditroll netizen dibahagian komen.  -TTKM-

Berita berkaitan : Hati tisu: Maszlee Malik padam status lama beliau mengenai ‘munafik’.

Tiga status lama Dr Maszlee mengenai tol dipadamkan setelah ditroll netizen.

Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus beroperasi dengan dengan membuat sumbangan ikhlas ke akaun berikut:

No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank)

atau melalui Billplz di sini

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.