Sah! Zairil dan Dyana kahwin Disember ini.

SHAH ALAM, 20 Okt – Ahli Jawatankuasa Sosialis Muda DAP (Dapsy) Kebangsaan, Dyana Sofea Mohd Daud mengesahkan beliau bakal berkahwin dengan bekas Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, 9 Disember ini.

Menurut laporan Sinar Harian, pengesahan itu dibuat beliau ketika ditanya tentang kad undangan yang tertera namanya dengan pasangannya yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

“Betul la tu (kad undangan perkahwinan)” – Dyana Sofea.

Kad undangan perkahwinan Dyana Sofea yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

 

Pada Oktober 2014, kisah Zairil dan Dyana mula menjadi buah mulut apabila gambar intim mirip kedua mereka tersebar di media sosial. Menurut laporan The Star, Zairil menimbang akan mengambil tindakan undang-undang berhubung penyebaran gambar-gambar tersebut.

“Saya telah berbincang dengan peguam saya dan akan membuat keputusan segera. Ini adalah “gutter politic” paling teruk. Saya tidak terkejut kerana terdapat juga dakwaan suatu ketika dulu di media sosial bahawa saya sukakan wanita muda” – Zairil Khir Johari. 

 

the star.PNG
Tangkap layar laporan The Star 20 Okt 2014.
Walau bagaimanapun, setelah 4 tahun berlalu, tiada sebarang tindakan undang-undang diambil Zairil. Malah, laporan polis juga tidak dibuat beliau.
Angin tiada, ribut tiada, tiba-tiba pada Mac lepas, kedua mereka melangsungkan pertunangan. -TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.